bab-bab kelebihan jihad daripada rasulullah
أَبْوَابُ فَضَائِلِ الْجِهَادِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Kelebihan Jihad
Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl al-Jihād
بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ الجِهَادِ
1619 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu 'Awanah meyampaikan kepada kami, daripada Suhayl bin Abu Shalih, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang menyamai jihad?" baginda menjawab, "Sesungguhnya kamu tidak mampu melakukannya." Mereka mengulangi soalan itu sebanyak dua atau tiga kali. Semua pertanyaan tersebut baginda menjawab, "Kamu tidak mampu melakukannya." Selepas itu, baginda bersabda pada kali ketiga, "Perumpamaan orang yang berjihad di jalan Allah adalah seperti orang bersembahyang dan berpuasa yang tidak mengenal penat lelah daripada sembahyang dan puasanya sehingga orang yang berjihad di jalan Allah pulang." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada al-Syifa', 'Abdullah bin Hubsyi, Abu Musa, Abu Sa'id, Ummu Malik al-Bahziyyah dan Anas. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Ia telah diriwayatkan lebih daripada satu jalur daripada Abu Hurayrah daripada Nabi ﷺ."
١٦١٩ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ, قِيلَ, يَا رَسُولَ اللهِ، مَا يَعْدِلُ الجِهَادَ؟ قَالَ, إِنَّكُمْ لَا تَسْتَطِيعُونَهُ. فَرَدُّوا عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ، أَوْ ثَلَاثًا، كُلُّ ذَلِكَ يَقُولُ, لَا تَسْتَطِيعُونَهُ، فَقَالَ فِي الثَّالِثَةِ, مَثَلُ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللهِ مَثَلُ القَائِمِ الصَّائِمِ الَّذِي لَا يَفْتُرُ مِنْ صَلَاةٍ وَلَا صِيَامٍ، حَتَّى يَرْجِعَ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ. وَفِي البَاب عَنِ الشِّفَاءِ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ حُبْشِيٍّ، وَأَبِي مُوسَى، وَأَبِي سَعِيدٍ، وَأُمِّ مَالِكٍ البَهْزِيَّةِ، وَأَنَسٍ. وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ، وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
1620 – Muhammad bin 'Abdullah bin Bazi' menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Mu'tamir bin Sulayman menyampaikan kepada kami, katanya, "Marzuq iaitu Abu Bakar menyampaikan kepadaku, daripada Qatadah, daripada Anas, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah berfirman, "Orang yang berjihad di jalan-Ku dia memperoleh jaminan-Ku. Jika Aku mengambil nyawanya maka Aku kurniakan syurga kepadanya. Dan jika aku biarkan dia kembali maka Aku mengembalikannya dengan pahala atau ghanimah." Hadis ini adalah hadis sahih gharib melalui jalur ini.
١٦٢٠ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ بَزِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ, حَدَّثَنِي مَرْزُوقٌ أَبُو بَكْرٍ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَعْنِي يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ،, الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِي هُوَ عَلَيَّ ضَامِنٌ، إِنْ قَبَضْتُهُ أَوْرَثْتُهُ الجَنَّةَ، وَإِنْ رَجَعْتُهُ رَجَعْتُهُ بِأَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ. هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ.
2 – Bab Kelebihan Orang Yang Mati Dalam Keadaan Dia Berkawal (Di Perbatasan Atau Sempadan)
Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl Man Māta Murābiṭā
بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ مَنْ مَاتَ مُرَابِطًا
1621 – Ahmad bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abdullah bin al-Mubarak mengkhabarkan kepada kami, katanya, "Haywah bin Syurayh mengkhabarkan kepada kami, katanya, "Abu Hani' al-Khawlani mengkhabarkan kepadaku, bahawa 'Amr bin Malik al-Janby mengkhabarkan kepadanya, bahawa dia mendengar Fadhalah bin 'Ubayd menyampaikan daripada Rasulullah ﷺ, sabdanya, "Setiap orang yang meninggal dunia ditutup berdasarkan amalannya kecuali orang yang meninggal dalam keadaan berkawal di jalan Allah. Kerana sesungguhnya, ditambahkan amalan untuknya sehingga hari kiamat dan dia selamat daripada ujian kubur. Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang yang berjihad adalah orang yang melawan hawa nafsunya." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Uqbah bin 'Amir dan Jabir. Hadis riwayat Fadhalah adalah hadis hasan sahih.
١٦٢١ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ, أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، قَالَ, أَخْبَرَنَا حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ، قَالَ, أَخْبَرَنِي أَبُو هَانِئٍ الخَوْلَانِيُّ، أَنَّ عَمْرَو بْنَ مَالِكٍ الجَنْبِيَّ، أَخْبَرَهُ، أَنَّهُ سَمِعَ فَضَالَةَ بْنَ عُبَيْدٍ، يُحَدِّثُ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ, كُلُّ مَيِّتٍ يُخْتَمُ عَلَى عَمَلِهِ إِلَاّ الَّذِي مَاتَ مُرَابِطًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَإِنَّهُ يُنْمَى لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ، وَيَأْمَنُ مِنْ فِتْنَةِ القَبْرِ، وَسَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ, الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ. وَفِي البَاب عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ، وَجَابِرٍ وَحَدِيثُ فَضَالَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
3 – Bab Kelebihan Puasa Di Jalan Allah
Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl al-Ṣawm fī Sabīlillāh
بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ الصَّوْمِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
1622 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Ibn Lahi'ah menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Aswad, daripada 'Urwah bin al-Zubayr dan Sulayman bin Yasar, bahawa mereka berdua menyampaikan kepadanya, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, sabdanya, "Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah menjauhkannya daripada neraka dengan jarak sejauh 70 tahun." Salah seorang daripada perawi berkata, "70." Manakala, seorang lagi berkata, "40." Hadis ini adalah hadis gharib melalui jalur ini. Nama Abu al-Aswad ialah Muhammad bin 'Abd al-Rahman bin Nawfal al-Asadi al-Madini. Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Sa'id, Anas, 'Uqbah bin 'Amir dan Abu Umamah.
١٦٢٢ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ، عَنْ أَبِي الأَسْوَدِ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، وَسُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ، أَنَّهُمَا حَدَّثَاهُ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ زَحْزَحَهُ اللَّهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا أَحَدُهُمَا يَقُولُ, سَبْعِينَ، وَالآخَرُ يَقُولُ, أَرْبَعِينَ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الوَجْهِ وَأَبُو الأَسْوَدِ اسْمُهُ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ نَوْفَلٍ الأَسَدِيُّ الْمَدِينِيُّ. وَفِي البَاب عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، وَأَنَسٍ، وَعُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ، وَأَبِي أُمَامَةَ.
1623 – Sa'id bin 'Abd al-Rahman al-Makhzumi menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abdullah bin al-Walid al-'Adani menyampaikan kepada kami, katanya, "Sufyan al-Tsawri menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Mahmud bin Ghaylan menyampaikan kepada kami, katanya, "'Ubaydullah bin Musa menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada Suhayl bin Abu Shalih, daripada al-Nu'man bin Abu 'Ayyash al-Zuraqi, daripada Abu Sa'id al-Khudri, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Tidaklah seorang hamba berpuasa selama satu hari di jalan Allah melainkan (puasa pada) hari tersebut menjauhkan wajahnya daripada neraka sejauh 70 tahun (perjalanan)." Hadis ini adalah hadis hasan sahih.
١٦٢٣ – حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمَخْزُومِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ الوَلِيدِ العَدَنِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ (ح) وَحَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ, حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُوسَى، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ، عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ أَبِي عَيَّاشٍ الزُّرَقِيِّ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لَا يَصُومُ عَبْدٌ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ إِلَاّ بَاعَدَ ذَلِكَ اليَوْمُ النَّارَ عَنْ وَجْهِهِ سَبْعِينَ خَرِيفًا. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.