bab-bab kesaksian daripada rasulullah

أَبْوَابُ الشَّهَادَاتِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1- Bab Para Syuhada’, Siapakah Antara Mereka Yang Lebih Baik

Bāb Mā Jāʾa fī al-Shuhadāʾ Ayyuhum Khayr

بَابُ مَا جَاءَ فِي الشُّهَدَاءِ أَيُّهُمْ خَيْرٌ

2295 – Al-Anshari menyampaikan kepada kami, katanya, “Ma’an menyampaikan kepada kami, katanya, “Malik menyampaikan kepada kami, daripada 'Abdullah bin Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Amr bin Hazm, daripada bapanya, daripada 'Abdullah bin ‘Amr bin ‘Utsman, daripada Abu ‘Amrah al-Anshari, daripada Zayd bin Khalid al-Juhani, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Adakah kamu mahu aku khabarkan kepadamu tentang saksi terbaik?" Dia adalah orang yang datang untuk menjadi saksi sebelum dia diminta.”

٢٢٩٥ – حَدَّثَنَا الأَنْصَارِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَعْنٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي بَكْرِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ عُثْمَانَ، عَنْ أَبِي عَمْرَةَ الأَنْصَارِيِّ، عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الجُهَنِيِّ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِ الشُّهَدَاءِ؟ الَّذِي يَأْتِي بِالشَّهَادَةِ قَبْلَ أَنْ يُسْأَلَهَا.

2296 – Ahmad bin al-Hasan menyampaikan kepada kami, katanya, “'Abdullah bin Maslamah menyampaikan kepada kami, daripada Malik, hadis seumpamanya. Ibn Abu ‘Amrah berkata, “Hadis ini adalah hadis hasan.” Kebanyakan ulama menyebutkan, "'Abd al-Rahman bin Abu ‘Amrah. Tetapi mereka berbeza dengan Malik dalam periwayatan hadis ini. Sebahagian mereka meriwayatkan daripada Abu ‘Amrah, dan sebahagian mereka meriwayatkan daripada Ibn Abu ‘Amrah iaitu 'Abd al-Rahman bin Abu ‘Amrah al-Anshari. Riwayat inilah lebih sahih kerana hadis ini diriwayatkan juga daripada selain Malik, daripada 'Abd al-Rahman bin Abu ‘Amrah, daripada Zayd bin Khalid. Dan diriwayatkan juga daripada Abu ‘Amrah, daripada Zayd bin Khalid pada selain hadis ini (bukan hadis persaksian). Ia adalah hadis sahih juga. Abu ‘Amrah adalah maula Zayd bin Khalid al-Juhani, dan Zayd mempunyai hadis tentang pengkhianatan dari Abu ‘Amrah.

٢٢٩٦ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الحَسَنِ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، نَحْوَهُ وَقَالَ ابْنُ أَبِي عَمْرَةَ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَأَكْثَرُ النَّاسِ يَقُولُونَ, عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي عَمْرَةَ. وَاخْتَلَفُوا عَلَى مَالِكٍ فِي رِوَايَةِ هَذَا الحَدِيثِ، فَرَوَى بَعْضُهُمْ عَنْ أَبِي عَمْرَةَ، وَرَوَى بَعْضُهُمْ عَنِ ابْنِ أَبِي عَمْرَةَ وَهُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي عَمْرَةَ الأَنْصَارِيُّ، وَهَذَا أَصَحُّ لأَنَّهُ قَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ حَدِيثِ مَالِكٍ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي عَمْرَةَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ أَبِي عَمْرَةَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ غَيْرُ هَذَا الحَدِيثِ وَهُوَ حَدِيثٌ صَحِيحٌ أَيْضًا وَأَبُو عَمْرَةَ هُوَ مَوْلَى زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الجُهَنِيِّ وَلَهُ حَدِيثُ الغُلُولِ لأَبِي عَمْرَةَ.

2297 – Bisyr bin Adam iaitu anak lelaki kepada anak perempuan Azhar al-Samman menyampaikan kepada kami, katanya, “Zayd bin al-Hubab menyampaikan kepada kami, katanya, “Ubay bin ‘Abbas bin Sahl bin Sa’ad menyampaikan kepada kami, katanya, “Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Amr bin Hazm menyampaikan kepadaku, katanya, “'Abdullah bin ‘Amr bin ‘Utsman menyampaikan kepadaku, katanya, “Kharijah bin Zayd bin Tsabit menyampaikan kepadaku, katanya, “'Abd al-Rahman bin Abu ‘Amrah menyampaikan kepadaku, katanya, “Zayd bin Khalid al-Juhani menyampaikan kepadaku, bahawa dia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Saksi terbaik adalah orang yang menyampaikan kesaksiannya sebelum diminta.” Hadis ini adalah hadis hasan gharib melalui jalur ini.

٢٢٩٧ – حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ آدَمَ ابْنُ بِنْتِ أَزْهَرَ السَّمَّانِ، قَالَ, حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الحُبَابِ، قَالَ, حَدَّثَنَا أُبَيُّ بْنُ عَبَّاسِ بْنِ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ, حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ قَالَ, حَدَّثَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ عُثْمَانَ قَالَ, حَدَّثَنِي خَارِجَةُ بْنُ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ, حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي عَمْرَةَ قَالَ, حَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ خَالِدٍ الجُهَنِيُّ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ, خَيْرُ الشُّهَدَاءِ مَنْ أَدَّى شَهَادَتَهُ قَبْلَ أَنْ يُسْأَلَهَا. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الوَجْهِ.

2 Bab Seseorang Yang Tidak Harus Menerima Persaksiannya

Bāb Mā Jāʾa fī Man Lā Tajūz Shahādatuhu

بَابُ مَا جَاءَ فِيمَنْ لَا تَجُوزُ شَهَادَتُهُ

2298 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, “Marwan Al-Fazari menyampaikan kepada kami, daripada Yazid bin Ziyad al-Dimasyqi, daripada al-Zuhri, daripada ‘Urwah, daripada ‘A’isyah, katanya, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidak boleh diambil kesaksian pengkhianat lelaki atau perempuan, tidak boleh (diambil) kesaksian orang yang dikenakan hukuman sebatan hudud sama ada lelaki atau perempuan, tidak boleh (diambil) kesaksian orang yang mempunyai permusuhan kepada saudaranya, tidak boleh (diambil) kesaksian orang yang pernah berdusta dalam kesaksian, tidak boleh (diambil) kesaksian pelayan (pembantu) rumah tangga terhadap keluarga mereka dan tidak boleh (diambil) kesaksian orang yang dituduh (dusta) dalam (memalsukan hubungan perhambaan dengan tuannya) dan tidak boleh (diambil) kesaksian orang yang dituduh (memalsukan nasab kepada) ahli kerabat (bapanya). Al-Fazari berkata, “Al-Qani’ bererti orang yang mengikut.” Hadis ini adalah hadis gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Yazid bin Ziyad al-Dimasyqi. Yazid dianggap lemah dalam periwayatan hadis, dan hadis ini tidak diketahui pada hadis riwayat al-Zuhri melainkan melalui hadisnya. Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Abdullah bin ‘Amru dan kami tidak mengetahui erti hadis ini, ia tidak sahih menurutku pada sanadnya. Kebanyakan ilmuwan berpendapat dalam hal ini bahawa kesaksian ahli kerabat dibenarkan terhadap kerabatnya. Namun, para ilmuwan berbeza pendapat tentang kesaksian bapa terhadap anaknya dan kesaksian anak terhadap bapanya. Kebanyakan ilmuwan tidak membenarkan kesaksian anak terhadap bapanya dan juga tidak boleh juga kesaksian bapa terhadap anaknya. Sebahagian ilmuwan berkata jika dia adil maka kesaksian bapa terhadap anak diharuskan dan kesaksian anak diharuskan terhadap bapanya. Mereka tidak berbeza pendapat dalam kesaksian saudara terhadap saudaranya berhubung keharusannya. Demikian juga kesaksian kerabat terhadap kerabatnya. Al-Syafi’i berkata, “Tidak boleh kesaksian seseorang ke atas orang lain walaupun dia adil jika terdapat permusuhan antara mereka berdua.” Beliau berpendapat berdasarkan hadis 'Abd al-Rahman al-A’raj, daripada Nabi ﷺ yang diriwayatkan secara mursal, “Tidak boleh kesaksian orang yang mempunyai permusuhan.” Yang bermaksud orang yang mempunyai permusuhan. Demikian juga hadis ini bermaksud, “Tidak boleh kesaksian orang yang mempunyai "ghimr" maksudnya mempunyai permusuhan.

٢٢٩٨ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَرْوَانُ الفَزَارِيُّ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ زِيَادٍ الدِّمَشْقِيِّ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لَا تَجُوزُ شَهَادَةُ خَائِنٍ وَلَا خَائِنَةٍ، وَلَا مَجْلُودٍ حَدًّا وَلَا مَجْلُودَةٍ، وَلَا ذِي غِمْرٍ لأَخِيهِ، وَلَا مُجَرَّبِ شَهَادَةٍ، وَلَا القَانِعِ أَهْلَ البَيْتِ لَهُمْ وَلَا ظَنِينٍ فِي وَلَاءٍ وَلَا قَرَابَةٍ. قَالَ الفَزَارِيُّ, القَانِعُ, التَّابِعُ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ يَزِيدَ بْنِ زِيَادٍ الدِّمَشْقِيِّ وَيَزِيدُ يُضَعَّفُ فِي الحَدِيثِ وَلَا يُعْرَفُ هَذَا الحَدِيثُ مِنْ حَدِيثِ الزُّهْرِيِّ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِهِ. وَفِي البَاب عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو وَلَا نَعْرِفُ مَعْنَى هَذَا الحَدِيثِ وَلَا يَصِحُّ عِنْدِي مِنْ قِبَلِ إِسْنَادِهِ، وَالعَمَلُ عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ فِي هَذَا أَنَّ شَهَادَةَ القَرِيبِ جَائِزَةٌ لِقَرَابَتِهِ. وَاخْتَلَفَ أَهْلُ العِلْمِ فِي شَهَادَةِ الوَالِدِ لِلْوَلَدِ وَالوَلَدِ لِوَالِدِهِ، وَلَمْ يُجِزْ أَكْثَرُ أَهْلِ العِلْمِ شَهَادَةَ الوَالِدِ لِلْوَلَدِ، وَلَا الوَلَدِ لِلْوَالِدِ، وَقَالَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ, إِذَا كَانَ عَدْلاً فَشَهَادَةُ الوَالِدِ لِلْوَلَدِ جَائِزَةٌ، وَكَذَلِكَ شَهَادَةُ الوَلَدِ لِلْوَالِدِ وَلَمْ يَخْتَلِفُوا فِي شَهَادَةِ الأَخِ لأَخِيهِ أَنَّهَا جَائِزَةٌ، وَكَذَلِكَ شَهَادَةُ كُلِّ قَرِيبٍ لِقَرِيبِهِ وَقَالَ الشَّافِعِيُّ, لَا تَجُوزُ شَهَادَةٌ لِرَجُلٍ عَلَى الآخَرِ وَإِنْ كَانَ عَدْلاً إِذَا كَانَتْ بَيْنَهُمَا عَدَاوَةٌ، وَذَهَبَ إِلَى حَدِيثِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَعْرَجِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرْسَلاً, لَا يَجُوزُ شَهَادَةُ صَاحِبِ إِحْنَةٍ، يَعْنِي صَاحِبَ عَدَاوَةٍ، وَكَذَلِكَ مَعْنَى هَذَا الحَدِيثِ حَيْثُ قَالَ, لَا تَجُوزُ شَهَادَةُ صَاحِبِ غِمْرٍ، يَعْنِي صَاحِبَ عَدَاوَةٍ.

3 - Bab Kesaksian Palsu

Bāb Mā Jāʾa fī Shahādat al-Zūr

بَابُ مَا جَاءَ فِي شَهَادَةِ الزُّورِ

2299 – Ahmad bin Mani’ menyampaikan kepada kami, katanya, “Marwan bin Mu’awiyah menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan bin Ziyad al-Asadi, daripada Fatik bin Fadhalah, daripada Aiman bin Khuraym, bahawa Nabi ﷺ bangun berkhutbah lalu bersabda, “Wahai manusia, kesaksian yang palsu menyamai syirik kepada Allah." Kemudian Rasulullah ﷺ membaca, “Maka hendaklah kamu jauhi kata-kata yang najis dan jauhilah perkataan dusta.” Hadis ini adalah hadis gharib. Kami hanya mengetahuinya melalui hadis riwayat Sufyan bin Ziyad. Mereka berbeza pendapat tentang riwayat hadis ini daripada Sufyan bin Ziyad. Dan kami tidak mengetahui bahawa Aiman bin Khuraym ada mendengar daripada Nabi ﷺ.

٢٢٩٩ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ، عَنْ سُفْيَانَ بْنِ زِيَادٍ الأَسَدِيِّ، عَنْ فَاتِكِ بْنِ فَضَالَةَ، عَنْ أَيْمَنَ بْنِ خُرَيْمٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ خَطِيبًا فَقَالَ, يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَدَلَتْ شَهَادَةُ الزُّورِ إِشْرَاكًا بِاللَّهِ ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ {فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ}. وَهَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ إِنَّمَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ سُفْيَانَ بْنِ زِيَادٍ. وَاخْتَلَفُوا فِي رِوَايَةِ هَذَا الحَدِيثِ عَنْ سُفْيَانَ بْنِ زِيَادٍ، وَلَا نَعْرِفُ لأَيْمَنَ بْنِ خُرَيْمٍ سَمَاعًا مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Jami’ Al-Tirmidhi