bab-bab makanan rasulullah

أَبْوَابُ الأَطْعِمَةِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1 - Bab Atas Apa Rasulullah Makan

Bāb Mā Jāʾa ʿalā Mā Kāna Yaʾkul Rasūlullāh Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama

بَابُ مَا جَاءَ عَلَامَ كَانَ يَأْكُلُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1788 - Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya, “Mu'adz bin Hisyam menyampaikan kepada kami, katanya, “Ayahku menyampaikan kepadaku, daripada Yunus, daripada Qatadah, daripada Anas, katanya, “Rasulullah ﷺ tidak pernah makan di atas meja makan dan bekas kecil (piring). Dan baginda tidak pernah makan roti tepung halus.” Lalu aku (Yunus) pun bertanya kepada Qatadah, “Kalau begitu, apa tempat mereka (para sahabat) makan?" Dia menjawab, “Di atas alas kulit ini.” Hadis ini adalah hadis hasan gharib. Muhammad bin Basysyar mengatakan daripada Yunus yang dimaksudkan di sini adalah Yunus al-Iskaf. ‘Abd al-Warits bin Sa'id telah meriwayatkan daripada Sa'id bin Abu ‘Arubah, daripada Qatadah, daripada Anas, daripada Nabi ﷺ hadis seperti ini.

١٧٨٨ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ قَالَ, حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ يُونُسَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ, مَا أَكَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي خُوَانٍ، وَلَا فِي سُكُرُّجَةٍ، وَلَا خُبِزَ لَهُ مُرَقَّقٌ قَالَ, فَقُلْتُ لِقَتَادَةَ, فَعَلَامَ كَانُوا يَأْكُلُونَ؟ قَالَ, عَلَى هَذِهِ السُّفَرِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ, وَيُونُسُ هَذَا هُوَ يُونُسُ الإِسْكَافُ وَقَدْ رَوَى عَبْدُ الوَارِثِ بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي عَرُوبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ.

2 - Bab Memakan Arnab

Bāb Mā Jāʾa fī Akl al-Arnab

بَابُ مَا جَاءَ فِي أَكْلِ الأَرْنَبِ

1789 - Mahmud bin Ghaylan menyampaikan kepada kami, katanya, “Abu Dawud menyampaikan kepada kami, katanya, “Syu'bah mengkhabarkan kepada kami, daripada Hisyam bin Zayd bin Anas, katanya, “Aku mendengar Anas berkata, “Kami pernah memburu seekor arnab di Marr al-Zhahran. Maka, para sahabat Nabi ﷺ mengejar di belakangnya. Aku pun berjaya menangkapnya, lalu aku ambil dan membawanya kepada Abu Thalhah. Lantas dia menyembelihnya menggunakan batu putih yang tajam. Setelah itu, Abu Thalhah mengutusku untuk mengirimkan pahanya atau pangkal pahanya kepada Nabi ﷺ dan baginda pun memakannya." Hisyam bertanya, “Adakah baginda memakannya?” Anas menjawab, “Baginda menerimanya.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Jabir, ‘Ammar dan Muhammad bin Shafwan. Beliau dikatakan juga sebagai Muhammad bin Shayfi. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Kebanyakan ilmuwan mengamalkan hadis ini, mereka mengatakan boleh memakan daging arnab. Namun, sebahagian ilmuwan lain melarangnya. Mereka berkata, “Kerana arnab itu mengeluarkan darah haid.”

١٧٨٩ – حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ، قَالَ, أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ، عَنْ هِشَامِ بْنِ زَيْدِ بْنِ أَنَسٍ، قَال, سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ, أَنْفَجْنَا أَرْنَبًا بِمَرِّ الظَّهْرَانِ، فَسَعَى أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلْفَهَا، فَأَدْرَكْتُهَا فَأَخَذْتُهَا، فَأَتَيْتُ بِهَا أَبَا طَلْحَةَ فَذَبَحَهَا بِمَرْوَةٍ، فَبَعَثَ مَعِي بِفَخِذِهَا أَوْ بِوَرِكِهَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَكَلَهُ، قَالَ, قُلْتُ, أَكَلَهُ؟ قَالَ, قَبِلَهُ. وَفِي البَاب عَنْ جَابِرٍ، وَعَمَّارٍ، وَمُحَمَّدِ بْنِ صَفْوَانَ، وَيُقَالُ, مُحَمَّدُ بْنُ صَيْفِيٍّ, هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَكْثَرِ أَهْلِ العِلْمِ, لَا يَرَوْنَ بِأَكْلِ الأَرْنَبِ بَأْسًا، وَقَدْ كَرِهَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ أَكْلَ الأَرْنَبِ، وَقَالُوا, إِنَّهَا تُدْمِي.

3 - Bab Memakan Dhab

Bāb Mā Jāʾa fī Akl al-Ḍabb

بَابُ مَا جَاءَ فِي أَكْلِ الضَّبِّ

1790 - Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, “Malik bin Anas menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Dinar, daripada Ibn ‘Umar, bahawa Nabi ﷺ pernah ditanya mengenai makan dhab[75], baginda menjawab, “Aku tidak memakannya dan tidak pula mengharamkannya.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada ‘Umar, Abu Sa’id, Ibn ‘Abbas, Tsabit bin Wadi'ah, Jabir dan ‘Abd al-Rahman bin Hasanah. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Para ilmuwan berselisih pendapat mengenai hukum makan dhab. Sebahagian ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka mengharuskannya. Namun sebahagian yang lain melarangnya. Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya, “Dhab pernah dihidangkan pada jamuan Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ tidak memakannya kerana berasa jijik.”

١٧٩٠ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، سُئِلَ عَنْ أَكْلِ الضَّبِّ؟ فَقَالَ, لَا آكُلُهُ وَلَا أُحَرِّمُهُ. وَفِي البَاب عَنْ عُمَرَ، وَأَبِي سَعِيدٍ، وَابْنِ عَبَّاسٍ، وَثَابِتِ بْنِ وَدِيعَةَ، وَجَابِرٍ، وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ ابْنِ حَسَنَةَ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ, وَقَدْ اخْتَلَفَ أَهْلُ العِلْمِ فِي أَكْلِ الضَّبِّ، فَرَخَّصَ فِيهِ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَغَيْرِهِمْ، وَكَرِهَهُ بَعْضُهُمْ. وَيُرْوَى عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ, أُكِلَ الضَّبُّ عَلَى مَائِدَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِنَّمَا تَرَكَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقَذُّرًا.

75

Dhab adalah haiwan reptilia yang hidup di padang pasir yang memakan tumbuh-tumbuhan. Ia mirip seakan-akan biawak.

4 - Bab Memakan Dubuk (Yang Tidak Memakan Daging)

Bāb Mā Jāʾa fī Akl al-Ḍabuʿ

بَابُ مَا جَاءَ فِي أَكْلِ الضَّبُعِ

1791 - Ahmad bin Mani' menyampaikan kepada kami, katanya, “Isma’il bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, katanya, “Ibn Jurayj mengkhabarkan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin ‘Ubayd bin ‘Umayr, daripada Ibn Abu ‘Ammar katanya, “Aku bertanya kepada Jabir, “Adakah dubuk termasuk binatang yang boleh diburu?” Jabir menjawab, “Ya.” Aku bertanya lagi, “Bolehkah aku memakannya?" Jabir menjawab, “Ya." Aku bertanya lagi, “Adakah Rasulullah ﷺ pernah menyebutkannya?” Jabir menjawab, “Ya.” Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Sebahagian ilmuwan berpendapat demikian dan mengharuskan memakannya. Ini adalah pendapat Ahmad dan Ishaq. Namun, terdapat riwayat daripada Nabi ﷺ mengenai larangan makan dubuk, tetapi sanadnya tidak kuat. Sebahagian ilmuwan melarang makan dubuk, ia merupakan pendapat Ibn al-Mubarak. Yahya al-Qaththan berkata, “Jarir bin Hazim telah meriwayatkan hadis ini daripada ‘Abdullah bin ‘Ubayd bin ‘Umayr, daripada Ibn Abu ‘Ammar, daripada Jabir, daripada ‘Umar sebagai kata-katanya. Sedangkan hadis Ibn Jurayj lebih sahih. Ibn Abu ‘Ammar adalah ‘Abd al-Rahman bin ‘Abdullah bin Abu ‘Ammar al-Makki.

١٧٩١ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ, أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنِ ابْنِ أَبِي عَمَّارٍ قَالَ, قُلْتُ لِجَابِرٍ, الضَّبُعُ صَيْدٌ هِيَ؟ قَالَ, نَعَمْ، قَالَ, قُلْتُ, آكُلُهَا؟ قَالَ, نَعَمْ، قَالَ, قُلْتُ لَهُ, أَقَالَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ, نَعَمْ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ, وَقَدْ ذَهَبَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ إِلَى هَذَا، وَلَمْ يَرَوْا بِأَكْلِ الضَّبُعِ بَأْسًا، وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ. وَرُوِيَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثٌ فِي كَرَاهِيَةِ أَكْلِ الضَّبُعِ، وَلَيْسَ إِسْنَادُهُ بِالقَوِيِّ، وَقَدْ كَرِهَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ أَكْلَ الضَّبُعِ، وَهُوَ قَوْلُ ابْنِ الْمُبَارَكِ قَالَ يَحْيَى القَطَّانُ, وَرَوَى جَرِيرُ بْنُ حَازِمٍ هَذَا الحَدِيثَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنِ ابْنِ أَبِي عَمَّارٍ، عَنْ جَابِرٍ، عَنْ عُمَرَ قَوْلَهُ. وَحَدِيثُ ابْنِ جُرَيْجٍ أَصَحُّ، وَابْنُ أَبِي عَمَّارٍ هُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي عَمَّارٍ الْمَكِّيُّ.

1792 - Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, “Abu Mu’awiyah menyampaikan kepada kami, daripada Isma’il bin Muslim, daripada ‘Abd al-Karim bin Abu al-Mukhariq iaitu Abu Mua’wiyah, daripada Hibban bin Jaz', daripada saudaranya iaitu Khuzaymah bin Jaz’, katanya, “Aku bertanya Rasulullah ﷺ tentang memakan dubuk, lalu baginda menjawab, “Adakah ada orang yang makan dubuk?” Kemudian aku bertanya tentang makan serigala, maka baginda pun menjawab, “Adakah terdapat kebaikan bagi seseorang yang makan serigala?" Sanad hadis ini tidak kuat. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Isma’il bin Muslim, daripada ‘Abd al-Karim iaitu Abu Umayyah. Sebahagian ahli hadis mempertikai Isma’il dan ‘Abd al-Karim, Abu Umayyah. Beliau ialah ‘Abd Karim bin Qays bin Abu al-Mukhariq. Sementara ‘Abd al-Karim bin Malik al-Jazari seorang yang tsiqah.

١٧٩٢ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مُسْلِمٍ، عَنْ عَبْدِ الكَرِيمِ بْنِ أَبِي الْمُخَارِقِ أَبِي أُمَيَّةَ، عَنْ حِبَّانَ بْنِ جَزْءٍ، عَنْ أَخِيهِ خُزَيْمَةَ بْنِ جَزْءٍ قَالَ, سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ الضَّبُعِ، فَقَالَ, أَوَ يَأْكُلُ الضَّبُعَ أَحَدٌ؟، وَسَأَلْتُهُ عَنِ الذِّئْبِ؟ فَقَالَ, أَوَيَأْكُلُ الذِّئْبَ أَحَدٌ فِيهِ خَيْرٌ؟. هَذَا حَدِيثٌ لَيْسَ إِسْنَادُهُ بِالقَوِيِّ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مُسْلِمٍ، عَنْ عَبْدِ الكَرِيمِ أَبِي أُمَيَّةَ، وَقَدْ تَكَلَّمَ بَعْضُ أَهْلِ الحَدِيثِ فِي إِسْمَاعِيلَ، وَعَبْدِ الكَرِيمِ أَبِي أُمَيَّةَ وَهُوَ عَبْدُ الكَرِيمِ بْنُ قَيْسِ بْنِ أَبِي الْمُخَارِقِ، وَعَبْدُ الكَرِيمِ بْنُ مَالِكٍ الجَزَرِيُّ ثِقَةٌ.

Jami’ Al-Tirmidhi