bab-bab mimpi daripada rasulullah
أَبْوَابُ الْرُّؤْيَا عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Bahawa Mimpi Seorang Mukmin Adalah Sebahagian Daripada 46 Bahagian Kenabian
Bāb Anna Ruʾyā al-Muʾmin Juzʾ min Sittah wa Arbaʿīn Juzʾā min al-Nubuwwah
بَابُ أَنَّ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ
2270 – Nashr bin ‘Ali menyampaikan kepada kami, katanya, “'Abd al-Wahhab Al-Tsaqafi menyampaikan kepada kami, katanya, “Ayyub menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurayrah, katanya, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila waktu telah dekat (hari kiamat), maka mimpi seorang mukmin hampir-hampir tidak berdusta, orang yang paling benar mimpi mereka adalah orang yang paling benar ucapannya. Mimpi seorang muslim adalah sebahagian daripada 46 bahagian kenabian. Mimpi ada tiga jenis iaitu mimpi yang baik adalah berita gembira daripada Allah, mimpi yang buruk adalah kesusahan daripada syaitan dan mimpi yang mana seseorang bercakap kepada dirinya. Apabila seseorang bermimpi sesuatu yang dia benci maka hendaklah dia berdiri dan meludah serta tidak menceritakannya kepada orang ramai." baginda bersabda, “Aku suka tali di dalam tidur dan aku benci dibelenggu. (Tali itu tanda) teguh dalam agama.” Hadis ini adalah sahih.
٢٢٧٠ – حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَيُّوبُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ تَكْذِبُ، وَأَصْدَقُهُمْ رُؤْيَا أَصْدَقُهُمْ حَدِيثًا، وَرُؤْيَا الْمُسْلِمِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ. وَالرُّؤْيَا ثَلَاثٌ, فَالرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ بُشْرَى مِنَ اللهِ، وَالرُّؤْيَا مِنْ تَحْزِينِ الشَّيْطَانِ، وَالرُّؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ بِهَا الرَّجُلُ نَفْسَهُ فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَقُمْ وَلْيَتْفُلْ وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا النَّاسَ قَالَ, وَأُحِبُّ القَيْدَ فِي النَّوْمِ وَأَكْرَهُ الغُلَّ الْقَيْدُ, ثَبَاتٌ فِي الدِّينِ. وَهَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ.
2271 – Mahmud bin Ghaylan menyampaikan kepada kami, katanya, “Abu Dawud menyampaikan kepada kami, daripada Syu’bah, daripada Qatadah, bahawa dia mendengar Anas, daripada ‘Ubadah bin al-Shamit, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Mimpi seorang mukmin adalah sebahagian daripada 46 bahagian kenabian.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Hurayrah, Abu Razin al-‘Uqayli, Abu Sa’id, 'Abdullah bin ‘Amr, ‘Awf bin Malik, Ibn ‘Umar dan Anas. Dan hadis ‘Ubadah adalah sahih.
٢٢٧١ – حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسًا، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ. وَفِي البَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَبِي رَزِينٍ العُقَيْلِيِّ، وَأَبِي سَعِيدٍ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، وَعَوْفِ بْنِ مَالِكٍ، وَابْنِ عُمَرَ، وَأَنَسٍ وَحَدِيثُ عُبَادَةَ حَدِيثٌ صَحِيحٌ.
2 – Bab Kenabian Telah Terputus Dan Mimpi Benar Masih Kekal
Bāb Mā Dhahabat al-Nubuwwah wa Baqiyat al-Mubashshirāt
بَابُ ذَهَبَتِ النُّبُوَّةُ وَبَقِيَتِ الْمُبَشِّرَاتُ
2272 – Al-Hasan bin Muhammad al-Za’farani menyampaikan kepada kami, katanya, “'Affan bin Muslim menyampaikan kepada kami, katanya, “'Abd al-Wahid bin Ziyad menyampaikan kepada kami, katanya, “Al-Mukhtar bin Fulful menyampaikan kepada kami, katanya, “Anas bin Malik menyampaikan kepada kami, katanya, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya risalah dan kenabian telah terputus maka tiada Rasul dan Nabi selepasku.” Anas berkata, “Perkara itu memberatkan orang ramai.” Lalu baginda bersabda, “Tetapi berita gembira (masih wujud).” Mereka berkata, “Wahai Rasulullah, apakah berita gembira itu?” baginda bersabda, “Mimpi seorang muslim adalah sebahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Hurayrah, Hudzayfah bin Asid, Ibn ‘Abbas dan Ummu Kurz. Hadis ini adalah hadis sahih gharib melalui jalur ini pada hadis riwayat al-Mukhtar bin Fulful.
٢٢٧٢ – حَدَّثَنَا الحَسَنُ بْنُ مُحَمَّدٍ الزَّعْفَرَانِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِمٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا الْمُخْتَارُ بْنُ فُلْفُلٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, إِنَّ الرِّسَالَةَ وَالنُّبُوَّةَ قَدْ انْقَطَعَتْ فَلَا رَسُولَ بَعْدِي وَلَا نَبِيَّ، قَالَ, فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ, لَكِنِ الْمُبَشِّرَاتُ. قَالُوا, يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا الْمُبَشِّرَاتُ؟ قَالَ, رُؤْيَا الْمُسْلِمِ، وَهِيَ جُزْءٌ مِنْ أَجْزَاءِ النُّبُوَّةِ. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَحُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ، وَابْنِ عَبَّاسٍ، وَأُمِّ كُرْزٍ. هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الوَجْهِ مِنْ حَدِيثِ الْمُخْتَارِ بْنِ فُلْفُلٍ.
3 – Bab Firman Allah, "Untuk Mereka Sahajalah Kebahagiaan Di Dunia"
Bāb Qawlihi lahum al-Bushrā fī al-Ḥayāh al-Dunyā
بَابُ قَوْلِهِ لَهُمُ البُشْرَى فِي الحَيَاةِ الدُّنْيَا
2273 – Ibn Abu ‘Umar menyampaikan kepada kami, katanya, “Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin al-Munkadir, daripada ‘Atha’ bin Yasar, daripada seorang lelaki dari Mesir, katanya, “Aku bertanya Abu Darda’ tentang firman Allah "Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia." Lalu katanya, “Tiada seorang pun yang bertanyaku tentang ayat itu selain kamu kecuali satu orang sejak aku bertanya Rasulullah ﷺ. Aku bertanya Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda, “Tiada seorang pun yang bertanyaku selain engkau sejak ia diturunkan. Ia adalah mimpi benar yang seorang muslim lihat atau diperlihatkan kepada orang lain untuknya.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada ‘Ubadah bin al-Shamit. Hadis ini adalah hadis hasan.
٢٢٧٣ – حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، قَالَ, حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ رَجُلٍ، مِنْ أَهْلِ مِصْرَ، قَالَ, سَأَلْتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ، عَنْ قَوْلِ اللهِ تَعَالَى {لَهُمُ البُشْرَى فِي الحَيَاةِ الدُّنْيَا} فَقَالَ, مَا سَأَلَنِي عَنْهَا أَحَدٌ غَيْرُكَ إِلَاّ رَجُلٌ وَاحِدٌ مُنْذُ سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ, مَا سَأَلَنِي عَنْهَا أَحَدٌ غَيْرُكَ مُنْذُ أُنْزِلَتْ، هِيَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُ. وَفِي البَاب عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ.
2274 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, “Ibn Lahi’ah menyampaikan kepada kami, daripada Darraj, daripada Abu al-Haytsam, daripada Abu Sa’id, daripada Nabi ﷺ sabdanya, “Sebenar-benar mimpi adalah pada waktu sahur.”
٢٢٧٤ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ، عَنْ دَرَّاجٍ، عَنْ أَبِي الهَيْثَمِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ, أَصْدَقُ الرُّؤْيَا بِالأَسْحَارِ.