bab-bab minuman daripada rasulullah

أَبْوَابُ الأَشْرِبَةِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1 - Bab Peminum Arak

Bāb Mā Jāʾa fī Shārib al-Khamr

بَابُ مَا جَاءَ فِي شَارِبِ الخَمْرِ

1861 - Abu Zakariyya iaitu Yahya bin Durust al-Bashri menyampaikan kepada kami, katanya, “Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Nafi’, daripada Ibn ‘Umar katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Setiap yang memabukkan adalah khamr dan setiap yang memabukkan itu adalah haram. Siapa yang minum khamr lalu dia meninggal dalam keadaan ketagihannya maka dia tidak akan meminumnya di akhirat." Dalam bab ini terdapat hadis riwayat daripada Abu Hurayrah, Abu Sa'id, 'Abdullah bin ‘Amr, Ibn ‘Abbas, ‘Ubadah dan Abu Malik al-Asy’ari. Hadis Ibn ‘Umar adalah hadis hasan sahih. Diriwayatkan juga daripada jalur yang lain daripada Nafi', daripada Ibn ‘Umar, daripada Nabi ﷺ. Sementara, Malik bin Anas meriwayatkannya daripada Nafi', daripada Ibn ‘Umar secara mawquf dan tidak memarfu'kannya.

١٨٦١ – حَدَّثَنَا أَبُو زَكَرِيَّا يَحْيَى بْنُ دُرُسْتَ البَصْرِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ، وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ، وَمَنْ شَرِبَ الخَمْرَ فِي الدُّنْيَا فَمَاتَ وَهُوَ يُدْمِنُهَا لَمْ يَشْرَبْهَا فِي الآخِرَةِ. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَبِي سَعِيدٍ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، وَابْنِ عَبَّاسٍ، وَعُبَادَةَ، وَأَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ. حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَرَوَاهُ مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، مَوْقُوفًا فَلَمْ يَرْفَعْهُ.

1862 - Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, “Jarir bin 'Abd al-Hamid menyampaikan kepada kami, daripada 'Atha' bin al-Sa’ib, daripada 'Abdullah bin ‘Ubayd bin ‘Umayr, daripada ayahnya, dia berkata, "'Abdullah bin ‘Umar berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang meminum arak maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari. Jika dia bertaubat maka Allah menerima taubatnya. Jika dia kembali (melakukannya) maka Allah tidak akan menerima satu sembahyang pun selama 40 hari. Jika dia bertaubat maka Allah menerima taubatnya. Jika dia kembali (melakukannya lagi) maka Allah tidak akan menerima lagi solatnya selama 40 hari. Jika dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya. Apabila dia kembali (melakukannya) pada kali keempat Allah tidak menerima solatnya selama 40 hari. Setelah itu, jika dia bertaubat maka Allah tidak akan menerima taubatnya dan Dia akan memberinya minuman dari Sungai Khabal." Seseorang bertanya, "Wahai Abu 'Abd al-Rahman, apakah itu Sungai Khabal?" Dia menjawab, "Sebatang sungai daripada nanah penghuni neraka." Hadis ini adalah hadis hasan. Diriwayatkan juga hadis seperti ini daripada 'Abdullah bin ‘Amr dan Ibn ‘Abbas, daripada Nabi ﷺ.

١٨٦٢ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا جَرِيرُ بْنُ عَبْدِ الحَمِيدِ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ, قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ شَرِبَ الخَمْرَ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا، فَإِنْ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ، فَإِنْ عَادَ لَمْ يَقْبَلِ اللَّهُ لَهُ صَلَاةً أَرْبَعِينَ صَبَاحًا، فَإِنْ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ، فَإِنْ عَادَ لَمْ يَقْبَلِ اللَّهُ لَهُ صَلَاةً أَرْبَعِينَ صَبَاحًا، فَإِنْ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ، فَإِنْ عَادَ الرَّابِعَةَ لَمْ يَقْبَلِ اللَّهُ لَهُ صَلَاةً أَرْبَعِينَ صَبَاحًا، فَإِنْ تَابَ لَمْ يَتُبِ اللَّهُ عَلَيْهِ، وَسَقَاهُ مِنْ نَهْرِ الخَبَالِ قِيلَ, يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ, وَمَا نَهْرُ الخَبَالِ؟ قَالَ, نَهْرٌ مِنْ صَدِيدِ أَهْلِ النَّارِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ, وَقَدْ رُوِيَ نَحْوُ هَذَا عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، وَابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

2 - Bab Setiap Yang Memabukkan Adalah Haram

Bāb Mā Jāʾa Kullu Muskir Ḥarām

بَابُ مَا جَاءَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

1863 - Al-Anshari menyampaikan kepada kami, katanya, “Ma’an menyampaikan kepada kami, katanya, “Malik bin Anas menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Syihab, daripada Abu Salamah, daripada ‘A’isyah, bahawa Nabi ﷺ pernah ditanya tentang al-bit' (sejenis minuman yang diperbuat daripada madu). baginda menjawab, "Setiap minuman yang memabukkan adalah haram.” Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

١٨٦٣ – حَدَّثَنَا الأَنْصَارِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَعْنٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنِ البِتْعِ فَقَالَ, كُلُّ شَرَابٍ أَسْكَرَ فَهُوَ حَرَامٌ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

1864 - ‘Ubayd bin Asbath bin Muhammad al-Qurasyi al-Kufi dan Abu Sa'id al-Asyaj menyampaikan kepada kami, mereka berkata, “'Abdullah bin Idris menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Amr, daripada Abu Salamah, daripada Ibn ‘Umar katanya, “Aku mendengar Nabi ﷺ bersabda, “Setiap yang memabukkan adalah haram." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada ‘Umar, ‘Ali, Ibn Mas'ud, Abu Sa'id, Abu Musa, al-Asyaj al-'Ushari, Daylam, Maymunah, Ibn ‘Abbas, Qays bin Sa’d, al-Nu'man bin Basyir, Mu’awiyah, Wa’il bin Hujr, Qurrah al-Muzani, 'Abdullah bin Mughaffal, Ummu Salamah, Buraydah, Abu Hurayrah dan ‘A’isyah. Hadis ini adalah hadis hasan. Terdapat juga riwayat daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ seperti hadis tersebut. Kedua-duanya adalah hadis sahih. Ramai perawi meriwayatkannya daripada Muhammad bin ‘Amr, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ hadis yang sama. (Diriwayatkan juga) daripada Abu Salamah, daripada Ibn ‘Umar, daripada Nabi ﷺ.

١٨٦٤ – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ أَسْبَاطِ بْنِ مُحَمَّدٍ القُرَشِيُّ الكُوفِيُّ، وَأَبُو سَعِيدٍ الأَشَجُّ، قَالَا, حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ إِدْرِيسَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ, سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ, كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ. وَفِي البَابِ عَنْ عُمَرَ، وَعَلِيٍّ، وَابْنِ مَسْعُودٍ، وَأَبِي سَعِيدٍ، وَأَبِي مُوسَى، وَالأَشَجِّ العُصَرِيِّ، وَدَيْلَمَ، وَمَيْمُونَةَ، وَابْنِ عَبَّاسٍ، وَقَيْسِ بْنِ سَعْدٍ، وَالنُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، وَمُعَاوِيَةَ، وَوَائِلِ بْنِ حُجْرٍ، وَقُرَّةَ الْمُزَنِيِّ، وعَبْدِ اللهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، وَأُمِّ سَلَمَةَ، وَبُرَيْدَةَ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَعَائِشَةَ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، نَحْوَهُ، وَكِلَاهُمَا صَحِيحٌ، رَوَاهُ غَيْرُ وَاحِدٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، نَحْوَهُ، وَعَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

3 - Bab Apa-Apa Yang Banyaknya Itu Memabukkan Maka Sedikitnya Juga Haram

Bāb Mā Jāʾa Mā Askara Kathīruhu fa Qalīluhu Ḥarām

بَابُ مَا جَاءَ مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ

1865 - Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, “Isma’il bin Ja'far menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) ‘Ali bin Hujr menyampaikan kepada kami, katanya, "Isma’il bin Ja'far mengkhabarkan kepada kami, daripada Dawud bin Bakr bin Abu al-Furat, daripada Ibn al-Munkadir, daripada Jabir bin 'Abdullah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Apa-apa yang banyaknya boleh menyebabkan mabuk maka sedikitnya juga haram." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Sa'ad, ‘A’isyah, 'Abdullah bin ‘Amr, Ibn ‘Umar dan Khawwat bin Jubayr. Hadis ini adalah hadis hasan gharib melalui hadis Jabir.

١٨٦٥ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ (ح) وَحَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ, أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ بَكْرِ بْنِ أَبِي الفُرَاتِ، عَنِ ابْنِ الْمُنْكَدِرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ. وَفِي البَابِ عَنْ سَعْدٍ، وَعَائِشَةَ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، وَابْنِ عُمَرَ، وَخَوَّاتِ بْنِ جُبَيْرٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ حَدِيثِ جَابِرٍ.

Jami’ Al-Tirmidhi