bab-bab musafir

أَبْوَابُ السَّفَرِ

391 Bab Mengqasarkan Sembahyang Ketika Dalam Perjalanan

Bāb Taqṣīr fi al-Safar

بَابُ التَّقْصِيرِ فِي السَّفَرِ

544 – 'Abd al-Wahhab bin 'Abd al-Hakam al-Warraq al-Baghdadi menyampaikan kepada kami, katanya, "Yahya bin Sulaym menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah, daripada Nafi', daripada Ibn 'Umar, katanya, "Aku pernah bermusafir bersama Nabi ﷺ, Abu Bakar, 'Umar dan 'Utsman. Mereka selalu sembahyang zohor dua rakaat dan asar dua rakaat. Mereka tidak menunaikan sembahyang sebelum dan sesudahnya.” 'Abdullah berkata, "Sekiranya aku menunaikan sembahyang sebelum dan sesudahnya maka aku akan sembahyang tamam (empat rakaat).” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Umar, 'Ali, Ibn 'Abbas, Anas, Imran bin Hushayn dan 'A'isyah. Hadis riwayat 'Umar adalah hadis hasan gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Yahya bin Sulaym yang sama seperti ini. Muhammad bin Isma'il berkata, "Hadis ini diriwayatkan daripada ‘Ubaydullah bin 'Umar, daripada seorang lelaki keluarga Suraqah, daripada Ibn 'Umar. Diriwayatkan juga daripada 'Athiyyah al-'Awfi, daripada Ibn 'Umar bahawa Nabi ﷺ selalu melakukan sembahyang sunat ketika musafir sebelum sembahyang wajib dan sesudahnya. Sabit daripada Nabi ﷺ, Abu Bakar, 'Umar dan 'Utsman pada permulaan pemerintahannya selalu mengqasarkan sembahyang ketika musafir. Kebanyakan ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka beramal dengan hadis ini. Diriwayatkan daripada 'A'isyah bahawa beliau selalu sembahyang tamam ketika dalam musafir. Namun, amalan yang sebenar adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Nabi ﷺ dan para sahabatnya. Ia merupakan pendapat Al-Syafi’i, Ahmad dan Ishaq. Cuma, Al-Syafi’i berkata, "Mengqasarkan sembahyang merupakan satu kelonggaran dalam musafir. Sekiranya seseorang sembahyang tamam maka sembahyangnya sah.”

٥٤٤ – حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الحَكَمِ الوَرَّاقُ البَغْدَادِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ, سَافَرْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ، وَعُمَرَ، وَعُثْمَانَ فَكَانُوا يُصَلُّونَ الظُّهْرَ وَالعَصْرَ رَكْعَتَيْنِ رَكْعَتَيْنِ، لَا يُصَلُّونَ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا، وقَالَ عَبْدُ اللهِ, لَوْ كُنْتُ مُصَلِّيًا قَبْلَهَا أَوْ بَعْدَهَا لأَتْمَمْتُهَا. وَفِي البَابِ عَنْ عُمَرَ، وَعَلِيٍّ، وَابْنِ عَبَّاسٍ، وَأَنَسٍ، وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ، وَعَائِشَةَ. حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ يَحْيَى بْنِ سُلَيْمٍ، مِثْلَ هَذَا. وَقَالَ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ, وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الحَدِيثُ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ رَجُلٍ مِنْ آلِ سُرَاقَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ. وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَطِيَّةَ العَوْفِيِّ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَطَوَّعُ فِي السَّفَرِ قَبْلَ الصَّلَاةِ وَبَعْدَهَا. وَقَدْ صَحَّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقْصُرُ فِي السَّفَرِ وَأَبُو بَكْرٍ، وَعُمَرُ، وَعُثْمَانُ، صَدْرًا مِنْ خِلَافَتِهِ. وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَكْثَرِ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ. وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا كَانَتْ تُتِمُّ الصَّلَاةَ فِي السَّفَرِ. وَالعَمَلُ عَلَى مَا رُوِيَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابِهِ. وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ، وَأَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ، إِلَاّ أَنَّ الشَّافِعِيَّ يَقُولُ, التَّقْصِيرُ رُخْصَةٌ لَهُ فِي السَّفَرِ فَإِنْ أَتَمَّ الصَّلَاةَ أَجْزَأَ عَنْهُ.

545 – Ahmad bin Mani' menyampaikan kepada kami, katanya, "Husyaym menyampaikan kepada kami, katanya, "'Ali bin Zayd bin Jud'an mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu Nadhrah, katanya, "'Imran bin Hushayn pernah ditanya tentang sembahyang musafir.” Lalu dia jawab, "Aku pernah menunaikan haji bersama Rasulullah ﷺ, baginda bersembahyang dua rakaat (qasar). Aku pernah tunaikan haji bersama Abu Bakar, beliau bersembahyang dua rakaat. (Begitu juga) bersama 'Umar, dia juga bersembahyang dua rakaat. Tetapi pada zaman pemerintahan 'Utsman selama enam atau lapan tahun, dia bersembahyang dua rakaat.” Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

٥٤٥ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، قَالَ, أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ زَيْدِ بْنِ جُدْعَانَ، عَنْ أَبِي نَضْرَةَ، قَالَ, سُئِلَ عِمْرَانُ بْنُ حُصَيْنٍ عَنْ صَلَاةِ الْمُسَافِرِ، فَقَالَ, حَجَجْتُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، وَحَجَجْتُ مَعَ أَبِي بَكْرٍ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، وَمَعَ عُمَرَ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، وَمَعَ عُثْمَانَ سِتَّ سِنِينَ مِنْ خِلَافَتِهِ، أَوْ ثَمَانِيَ سِنِينَ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

546 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin al-Munkadir dan Ibrahim bin Maysarah, kedua-duanya mendengar daripada Anas bin Malik, katanya, "Kami sembahyang zohor bersama Nabi ﷺ di Madinah sebanyak empat rakaat. Dan di Dzul Hulayfah sembahyang asar sebanyak dua rakaat.” Hadis ini adalah hadis sahih.

٥٤٦ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ، وَإِبْرَاهِيمَ بْنِ مَيْسَرَةَ، سَمِعَا أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، قَالَ, صَلَّيْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ بِالمَدِينَةِ، أَرْبَعًا وَبِذِي الحُلَيْفَةِ العَصْرَ رَكْعَتَيْنِ. هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ.

547 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Husyaym menyampaikan kepada kami, daripada Manshur bin Zadzan, daripada Ibn Sirin, daripada Ibn 'Abbas bahawa Nabi ﷺ keluar dari Madinah ke Mekah dalam keadaan tidak takut melainkan kepada Rabb semesta alam. baginda melakukan sembahyang dua rakaat.” Hadis ini adalah hadis sahih.

٥٤٧ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، عَنْ مَنْصُورِ بْنِ زَاذَانَ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنَ الْمَدِينَةِ إِلَى مَكَّةَ لَا يَخَافُ إِلَاّ رَبَّ العَالَمِينَ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ. هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ.

392 Bab Berapa Lama Tempoh Sembahyang Boleh Diqasarkan

Bāb Mā Jāʾa fī Kam Tuqṣar al-Ṣalāh

بَابُ مَا جَاءَ فِي كَمْ تُقْصَرُ الصَّلَاةُ

548 – Ahmad bin Mani' menyampaikan kepada kami, katanya, "Husyaym menyampaikan kepada kami, katanya, "Yahya bin Abu Ishaq al-Hadhrami menyampaikan kepada kami, katanya, "Anas bin Malik menyampaikan kepada kami, katanya, "Kami keluar bersama Nabi ﷺ dari Madinah ke Mekah, lalu baginda bersembahyang dua rakaat.” Yahya berkata, "Aku tanya Anas, "Berapa lama Rasulullah ﷺ menetap di Mekah?” Beliau jawab, "Sepuluh hari.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Ibn 'Abbas dan Jabir. Hadis riwayat Anas adalah hadis hasan sahih. Ia telah diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas, daripada Nabi ﷺ, bahawa baginda bermukim dalam sebahagian perjalanannya selama 19 hari dengan melakukan sembahyang dua rakaat. Ibn 'Abbas berkata, "Apabila kami bermukim selama 19 hari maka kami akan tunaikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Sekiranya kami duduk lebih lama daripada itu, barulah kami sembahyang tamam.” Diriwayatkan daripada 'Ali, katanya, "Sesiapa yang bermukim selama sepuluh hari maka dia mesti sembahyang tamam.” Diriwayatkan daripada Ibn 'Umar, katanya, "Sesiapa yang bermukim selama 15 hari maka dia mesti sembahyang tamam.” Terdapat juga riwayat daripada beliau bermukim selama 12 hari.” Diriwayatkan daripada Sa'id bin al-Musayyab, katanya, "Sekiranya seseorang bermukim selama empat hari maka dia mesti sembahyang empat rakaat (tamam).” Qatadah dan 'Atha' al-Khurasani meriwayatkan daripada Sa'id demikian juga. Namun, Dawud bin Abu Hind meriwayatkan daripada Sa'id berlainan daripada kenyataan tersebut. Para ilmuwan berbeza pandangan berkenaan dengan perkara tersebut. Sufyan al-Tsawri dan ahli Kufah berpandangan dengan menetapkan waktu selama 15 hari. Mereka berkata, "Sekiranya seseorang berniat untuk menetap selama 15 hari maka dia mesti sembahyang tamam.” Al-Awza'i berkata, "Sekiranya seseorang berniat untuk bermukim selama 12 hari maka dia mesti sembahyang tamam.” Malik, al-Syafi'i dan Ahmad berkata, "Sekiranya seseorang berniat untuk bermukim selama empat hari maka dia mesti sembahyang tamam.” Adapun Ishaq, dia berpandangan bahawa mazhab yang paling kuat berkenaan dengannya ialah berdasarkan hadis riwayat Ibn 'Abbas. Katanya, "Kerana sesungguhnya Ibn 'Abbas meriwayatkannya daripada Nabi ﷺ. Kemudian beliau beramal dengannya selepas kewafatan Nabi ﷺ. Iaitu, apabila seseorang berniat mahu menetap selama 19 hari maka dia boleh sembahyang tamam.” Kemudian para ilmuwan bersepakat bahawa musafir boleh mengqasarkan sembahyang selama dia tidak berniat untuk bermukim sekalipun dia tinggal bertahun-tahun.”

٥٤٨ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، قَالَ, أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي إِسْحَاقَ الحَضْرَمِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، قَالَ, خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْمَدِينَةِ إِلَى مَكَّةَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، قَالَ, قُلْتُ لأَنَسٍ, كَمْ أَقَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَكَّةَ؟ قَالَ, عَشْرًا. وَفِي البَابِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، وَجَابِرٍ. حَدِيثُ أَنَسٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَقَدْ رُوِيَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ أَقَامَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ تِسْعَ عَشْرَةَ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ. قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ, فَنَحْنُ إِذَا أَقَمْنَا مَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ تِسْعَ عَشْرَةَ، صَلَّيْنَا رَكْعَتَيْنِ، وَإِنْ زِدْنَا عَلَى ذَلِكَ أَتْمَمْنَا الصَّلَاةَ. وَرُوِي عَنْ عَلِيٍّ، أَنَّهُ قَالَ, مَنْ أَقَامَ عَشَرَةَ أَيَّامٍ أَتَمَّ الصَّلَاةَ. وَرُوِي عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّهُ قَالَ, مَنْ أَقَامَ خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا أَتَمَّ الصَّلَاةَ. وَرُوِيَ عَنْهُ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ. وَرُوِي عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، أَنَّهُ قَالَ, إِذَا أَقَامَ أَرْبَعًا صَلَّى أَرْبَعًا، وَرَوَى عَنْهُ ذَلِكَ قَتَادَةُ، وَعَطَاءٌ الخُرَاسَانِيُّ. وَرَوَى عَنْهُ دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدٍ خِلَافَ هَذَا. وَاخْتَلَفَ أَهْلُ العِلْمِ بَعْدُ فِي ذَلِكَ, فَأَمَّا سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، وَأَهْلُ الكُوفَةِ فَذَهَبُوا إِلَى تَوْقِيتِ خَمْسَ عَشْرَةَ، وَقَالُوا, إِذَا أَجْمَعَ عَلَى إِقَامَةِ خَمْسَ عَشْرَةَ أَتَمَّ الصَّلَاةَ. وقَالَ الأَوْزَاعِيُّ, إِذَا أَجْمَعَ عَلَى إِقَامَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أَتَمَّ الصَّلَاةَ. وقَالَ مَالِكٌ، وَالشَّافِعِيُّ، وَأَحْمَدُ, إِذَا أَجْمَعَ عَلَى إِقَامَةِ أَرْبَعَةٍ أَتَمَّ الصَّلَاةَ. وَأَمَّا إِسْحَاقُ فَرَأَى أَقْوَى الْمَذَاهِبِ فِيهِ حَدِيثَ ابْنِ عَبَّاسٍ. قَالَ, لأَنَّهُ رَوَى عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ تَأَوَّلَهُ بَعْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا أَجْمَعَ عَلَى إِقَامَةِ تِسْعَ عَشْرَةَ أَتَمَّ الصَّلَاةَ. ثُمَّ أَجْمَعَ أَهْلُ العِلْمِ عَلَى أَنَّ الْمُسَافِرَ يَقْصُرُ مَا لَمْ يُجْمِعْ إِقَامَةً، وَإِنْ أَتَى عَلَيْهِ سِنُونَ.

Jami’ Al-Tirmidhi