bab-bab nazar dan sumpah daripada rasulullah
أَبْوَابُ النُّذُورِ وَالأَيْمَانِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Petunjuk Daripada Rasulullah ﷺ Bahawa Tiada Nazar Dalam Perkara Maksiat
Bāb Mā Jāʾa ʿan Rasūlillāh Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama An Lā Nadhr fī Maʿṣiyah
بَابُ مَا جَاءَ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا نَذْرَ فِي مَعْصِيَةٍ
1524 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Shafwan menyampaikan kepada kami, daripada Yunus bin Yazid, daripada Ibn Syihab, daripada Abu Salamah, daripada 'A'isyah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Tiada sebarang nazar pada perkara maksiat dan kifaratnya ialah (seperti) kifarat sumpah." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Ibn 'Umar, Jabir dan 'Imran bin Hushayn. Hadis ini tidak sahih kerana al-Zuhri tidak mendengar hadis ini daripada Abu Salamah. Aku mendengar Muhammad berkata, "Bukan seorang dalam kalangan mereka seperti Musa bin 'Uqbah, Ibn Abu 'Atiq daripada al-Zuhri, daripada Sulayman bin Arqam, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Salamah, daripada 'A'isyah, daripada Nabi ﷺ." Muhammad berkata, "Inilah dia hadis yang sebenar."
١٥٢٤ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو صَفْوَانَ، عَنْ يُونُسَ بْنِ يَزِيدَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لَا نَذْرَ فِي مَعْصِيَةٍ، وَكَفَّارَتُهُ كَفَّارَةُ يَمِينٍ. وَفِي البَابِ عَنِ ابْنِ عُمَرَ، وَجَابِرٍ، وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ. هَذَا حَدِيثٌ لَا يَصِحُّ، لأَنَّ الزُّهْرِيَّ لَمْ يَسْمَعْ هَذَا الحَدِيثَ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ سَمِعْتُ مُحَمَّدًا يَقُولُ رَوَى غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْهُمْ, مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ، وَابْنُ أَبِي عَتِيقٍ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ أَرْقَمَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. قَالَ مُحَمَّدٌ, وَالحَدِيثُ هُوَ هَذَا.
1525 – Abu Isma'il al-Timidzi iaitu Muhammad bin Isma'il bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya, "Ayyub bin Sulayman bin Bilal menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Bakar bin Abu Uways menyampaikan kepada kami, daripada Sulayman bin Bilal, daripada Musa bin 'Uqbah dan Muhammad bin 'Abdullah bin Abu 'Atiq, daripada al-Zuhri, daripada Sulayman bin Arqam, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Salamah, daripada 'A'isyah, bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Tiada sebarang nazar pada perkara maksiat dan kifaratnya adalah (seperti) kifarat sumpah." Hadis ini adalah hadis gharib. Ia lebih sahih daripada hadis riwayat Abu Shafwan daripada Yunus. Abu Shafwan adalah orang Mekah. Nama beliau ialah 'Abdullah bin Sa'id bin 'Abd al-Malik bin Marwan. Al-Humaydi dan ramai lagi pembesar dalam kalangan ahli hadis meriwayatkan daripada beliau. Sekumpulan ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka berkata, "Tiada sebarang nazar pada perkara maksiat dan kifaratnya ialah (seperti) kifarat sumpah." Ini merupakan pendapat Ahmad dan Ishaq. Mereka berdua berhujah dengan hadis riwayat al-Zuhri, daripada Abu Salamah, daripada 'A'isyah. Sebahagian ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka berkata, "Tiada sebarang nazar pada perkara maksiat dan tiada sebarang kifarat dalam perkara itu." Ia merupakan pendapat Malik dan al-Syafi'i."
١٥٢٥ – حَدَّثَنَا أَبُو إِسْمَاعِيلَ التِّرْمِذِيُّ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ يُوسُفَ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَيُّوبُ بْنُ سُلَيْمَانَ بْنِ بِلَالٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بِلَالٍ، عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ، وَمُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي عَتِيقٍ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ أَرْقَمَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, لَا نَذْرَ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ، وَكَفَّارَتُهُ كَفَّارَةُ يَمِينٍ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، وَهُوَ أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي صَفْوَانَ، عَنْ يُونُسَ وَأَبُو صَفْوَانَ هُوَ مَكِّيٌّ وَاسْمُهُ عَبْدُ اللهِ بْنُ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ مَرْوَانَ، وَقَدْ رَوَى عَنْهُ الحُمَيْدِيُّ، وَغَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَجِلَّةِ أَهْلِ الحَدِيثِ وقَالَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ, لَا نَذْرَ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ، وَكَفَّارَتُهُ كَفَّارَةُ يَمِينٍ، وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ، وَاحْتَجَّا بِحَدِيثِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ عَائِشَةَ وقَالَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ, لَا نَذْرَ فِي مَعْصِيَةٍ، وَلَا كَفَّارَةَ فِي ذَلِكَ، وَهُوَ قَوْلُ مَالِكٍ، وَالشَّافِعِيِّ.
2 – Bab Orang Yang Bernazar Untuk Mentaati Allah Maka Dia Hendaklah Mentaati-Nya
Bāb Man Nadhara An Yuṭīʿ Allāh fal-Yuṭiʿhu
بَابُ مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ
1526 – Qutaybah bin Sa'id menyampaikan kepada kami, daripada Malik bin Anas, daripada Thalhah bin 'Abd al-Malik bin al-Ayli, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada 'A'isyah, daripada Nabi ﷺ, sabdanya, "Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka dia hendaklah mentaati-Nya. Dan sesiapa yang bernazar untuk derhaka kepada Allah maka janganlah dia menderhakai-Nya." Al-Hasan bin 'Ali al-Khallal menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami, daripada 'Ubaydullah bin 'Umar, daripada Thalhah bin 'Abd al-Malik al-Ayli, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada 'A'isyah, daripada Nabi ﷺ, hadis yang seumpama (sebelumnya)." Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Yahya bin Abu Katsir meriwayatkannya daripada al-Qasim bin Muhammad. Ia merupakan pendapat sebahagian ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka. Demikianlah pendapat Malik dan al-Syafi'i. Mereka berkata, "Tidak boleh bernazar untuk menderhaka kepada Allah. Sekiranya nazar tersebut dalam perkara maksiat maka tiada sebarang kifarat sumpah padanya (jika dia tidak melakukan nazar maksiat)."
١٥٢٦ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ الْمَلِكِ الأَيْلِيِّ، عَنِ القَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَ اللَّهَ فَلَا يَعْصِهِ. حَدَّثَنَا الحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الخَلَاّلُ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نُمَيْرٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ الْمَلِكِ الأَيْلِيِّ، عَنِ القَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ, وَقَدْ رَوَاهُ يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ، عَنِ القَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ وَهُوَ قَوْلُ بَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ، وَبِهِ يَقُولُ مَالِكٌ، وَالشَّافِعِيُّ قَالُوا, لَا يَعْصِي اللَّهَ وَلَيْسَ فِيهِ كَفَّارَةُ يَمِينٍ إِذَا كَانَ النَّذْرُ فِي مَعْصِيَةٍ.
3 – Bab Tiada Nazar Pada Perkara Yang Tidak Dimiliki Oleh Anak Adam
Bāb Mā Jāʾa Lā Nadhr fī Mā Lā Yamlik Ibn Ādam
بَابُ مَا جَاءَ لَا نَذْرَ فِيمَا لَا يَمْلِكُ ابْنُ آدَمَ
1527 – Ahmad bin Mani' menyampaikan kepada kami, katanya, "Ishaq bin Yusuf al-Azraq menyampaikan kepada kami, daripada Hisyam al-Dastuwa'i, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Qilabah, daripada Tsabit bin al-Dhahhak, daripada Nabi ﷺ, sabdanya, "Tiada sebarang nazar ke atas seorang hamba pada perkara yang dia tidak miliki." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Abdullah bin 'Amr dan 'Imran bin Hushayn. Hadis ini adalah hadis hasan sahih.
١٥٢٧ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ الأَزْرَقُ، عَنْ هِشَامٍ الدَّسْتُوَائِيِّ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ ثَابِتِ بْنِ الضَّحَّاكِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, لَيْسَ عَلَى العَبْدِ نَذْرٌ فِيمَا لَا يَمْلِكُ. وَفِي البَابِ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
4 – Bab Kifarat Nazar Apabila Nazarnya Tidak Disebutkan
Bāb Mā Jāʾa fī Kaffārat al-Nadhr Idhā Lam Yusamm
بَابُ مَا جَاءَ فِي كَفَّارَةِ النَّذْرِ إِذَا لَمْ يُسَمَّ
1528 – Ahmad bin Mani' menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Bakar bin 'Ayyasy menyampaikan kepada kami, katanya, "Muhammad iaitu maula al-Mughirah bin Syu'bah menyampaikan kepadaku, katanya, "Ka'ab bin 'Alqamah menyampaikan kepadaku, daripada Abu al-Khayr, daripada 'Uqbah bin 'Amir, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Kifarat untuk nazar yang belum ditentukan adalah kifarat sumpah." Hadis ini adalah hadis hasan sahih gharib.
١٥٢٨ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ قَالَ, حَدَّثَنِي مُحَمَّدٌ، مَوْلَى الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ, حَدَّثَنِي كَعْبُ بْنُ عَلْقَمَةَ، عَنْ أَبِي الخَيْرِ، عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, كَفَّارَةُ النَّذْرِ إِذَا لَمْ يُسَمَّ كَفَّارَةُ يَمِينٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ.