bab-bab penyusuan daripada rasulullah ﷺ
أَبْوَابُ الرَّضَاعِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Perkara Yang Menjadi Haram Kerana Nasab Ia Menjadi Haram Juga Kerana Susuan
Bāb Mā Jāʾa Yuḥarrim min al-Raḍāʿ Mā Yuḥarrim min al-Nasab
بَابُ مَا جَاءَ يُحَرَّمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يُحَرَّمُ مِنَ النَّسَبِ
1146 – Ahmad bin Mani' menyampaikan kepada kami, katanya, "Isma'il bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, 'Ali bin Zayd menyampaikan kepada kami, daripada Sa'id bin al-Musayyab, daripada 'Ali bin Abu Thalib, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan (perhubungan) kerana susuan sama seperti pengharaman kerana nasab keturunan.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada ‘A’isyah, Ibn 'Abbas dan Ummu Habibah. Hadis riwayat 'Ali adalah hadis sahih.
١١٤٦ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ مِنَ الرَّضَاعِ مَا حَرَّمَ مِنَ النَّسَبِ. وَفِي البَاب عَنْ عَائِشَةَ، وَابْنِ عَبَّاسٍ، وَأُمِّ حَبِيبَةَ. حَدِيثُ عَلِيٍّ صَحِيحٌ.
1147 – Bundar menyampaikan kepada kami, katanya, "Yahya bin Sa'id al-Qaththan menyampaikan kepada kami, katanya, "Malik menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Ishaq bin Musa al-Anshari menyampaikan kepada kami, katanya, "Ma'an menyampaikan kepada kami, katanya, "Malik menyampaikan kepada kami, daripada 'Abdullah bin Dinar, daripada Sulayman bin Yasar, daripada 'Urwah bin al-Zubayr, daripada ‘A’isyah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan (perhubungan) kerana susuan sama seperti pengharaman kerana kelahiran (keturunan).” Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Ilmuwan dalam kalangan para sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka beramal dengan hadis ini. Kami tidak tahu terdapat pertikaian dalam hal ini.
١١٤٧ – حَدَّثَنَا بُنْدَارٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ القَطَّانُ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكٌ (ح) وحَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَعْنٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ مِنَ الرَّضَاعَةِ مَا حَرَّمَ مِنَ الوِلَادَةِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ، وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ لَا نَعْلَمُ بَيْنَهُمْ فِي ذَلِكَ اخْتِلَافًا.
2 - Bab Susuan Seorang Lelaki (Yang Menyebabkan Jadi Mahram)
Bāb Mā Jāʾa fī Laban al-Faḥl
بَابُ مَا جَاءَ فِي لَبَنِ الفَحْلِ
1148 – Al-Hasan bin 'Ali al-Khallal menyampaikan kepada kami, katanya, "Ibn Numayr menyampaikan kepada kami, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada bapanya, daripada ‘A’isyah, katanya, "Pakcik susuanku sebelah bapa telah datang, lalu meminta izin untuk bertemuku. Tapi aku enggan memberikan keizinan sehingga aku bertanya Rasulullah ﷺ.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda, "Biarlah dia masuk menemuimu kerana dia adalah pak cikmu.” ‘A’isyah berkata, "Tetapi, yang menyusukanku adalah wanita bukan lelaki.” baginda berkata lagi, "Sesungguhnya dia pak cikmu maka biarlah dia masuk menemuimu.” Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Sebahagian ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka beramal dengan hadis ini. Mereka melarang (berkahwin) dengan lelaki yang jadi mahram disebabkan susuan. Sumber pendapat ini terkandung dalam hadis riwayat ‘A’isyah. Walau bagaimanapun, sebahagian ilmuwan memberikan keharusan berkahwin (kerana menurut mereka pengharaman berkahwin seperti yang disebutkan dalam al-Quran hanya dituju kepada ibu susu bukan mak cik susuan mahupun anak kepada ibu susuan). Namun, pendapat pertama lebih sahih (dipegang oleh jumhur ulama).
١١٤٨ – حَدَّثَنَا الحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الخَلَاّلُ، قَالَ, حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ, جَاءَ عَمِّي مِنَ الرَّضَاعَةِ يَسْتَأْذِنُ عَلَيَّ، فَأَبَيْتُ أَنْ آذَنَ لَهُ، حَتَّى أَسْتَأْمِرَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَلْيَلِجْ عَلَيْكِ فَإِنَّهُ عَمُّكِ، قَالَتْ, إِنَّمَا أَرْضَعَتْنِي الْمَرْأَةُ وَلَمْ يُرْضِعْنِي الرَّجُلُ، قَالَ, فَإِنَّهُ عَمُّكِ فَلْيَلِجْ عَلَيْكِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَغَيْرِهِمْ, كَرِهُوا لَبَنَ الفَحْلِ، وَالأَصْلُ فِي هَذَا حَدِيثُ عَائِشَةَ، وَقَدْ رَخَّصَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ فِي لَبَنِ الفَحْلِ. وَالقَوْلُ الأَوَّلُ أَصَحُّ.
1149 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Malik menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) al-Anshari menyampaikan kepada kami, katanya, "Ma'an menyampaikan kepada kami, katanya, "Malik menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Syihab, daripada 'Amr bin al-Syarid, daripada Ibn 'Abbas, bahawa beliau pernah ditanya tentang seorang lelaki yang mempunyai dua hamba perempuan. Salah seorang bayi lelaki menyusu dengan seorang hamba wanita dan seorang lagi bayi perempuan menyusu dengan hamba seorang lagi. Adakah bayi lelaki itu nanti boleh berkahwin dengan bayi perempuan (pada masa depan)?” Beliau menjawab, "Tidak.” Sumber air adalah satu (datang dari seorang lelaki).” Inilah makna laban al-Fahl.” Inilah yang asal dalam bab ini. Ia merupakan pendapat Ahmad dan Ishaq.
١١٤٩ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكٌ (ح) وحَدَّثَنَا الأَنْصَارِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَعْنٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيدِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّهُ سُئِلَ عَنْ رَجُلٍ لَهُ جَارِيتَانِ أَرْضَعَتْ إِحْدَاهُمَا جَارِيَةً، وَالأُخْرَى غُلَامًا، أَيَحِلُّ لِلْغُلَامِ أَنْ يَتَزَوَّجَ بِالجَارِيَةِ؟ فَقَالَ, لَا، اللِّقَاحُ وَاحِدٌ, وَهَذَا تَفْسِيرُ لَبَنِ الفَحْلِ. وَهَذَا الأَصْلُ فِي هَذَا البَابِ، وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ.
3 – Bab Satu Dan Dua Susuan Tidak Menyebabkan Seseorang Menjadi Mahram
Bāb Mā Jāʾa Lā Tuḥarrim al-Maṣṣah wa Lā al-Maṣṣatān
بَابُ مَا جَاءَ لَا تُحَرِّمُ الْمَصَّةُ وَلَا الْمَصَّتَانِ
1150 – Muhammad bin 'Abd al-'Ala al-Shan’ani menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Mu'tamir bin Sulayman menyampaikan kepada kami, katanya, "Aku mendengar Ayyub menyampaikan daripada 'Abdullah bin Abu Mulaykah, daripada 'Abdullah bin al-Zubayr, daripada ‘A’isyah, daripada Nabi ﷺ, sabdanya, "Satu dan dua kali susuan tidak menyebabkan seseorang menjadi mahram.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Ummu al-Fadhl, Abu Hurayrah, al-Zubayr bin al-'Awwam dan Ibn al-Zubayr. Bukan seorang yang meriwayatkan hadis ini daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada bapanya, daripada 'Abdullah bin al-Zubayr, daripada Nabi ﷺ, sabdanya, "Satu dan dua kali susuan tidak menyebabkan jadi mahram.” Muhammad bin Dinar meriwayatkan daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada bapanya, daripada 'Abdullah bin al-Zubayr, daripada al-Zubayr, daripada Nabi ﷺ. Muhammad bin Dinar menambah dalam sanadnya "daripada al-Zubayr" daripada Nabi ﷺ. Sanad ini tidak mahfuzh. Sebetulnya di sisi ahli hadis ialah hadis riwayat Ibn Abu Mulaykah, daripada 'Abdullah bin al-Zubayr, daripada ‘A’isyah, daripada Nabi ﷺ. Hadis riwayat ‘A’isyah adalah hadis hasan sahih. Aku bertanya Muhammad tentang perkara ini, dia menjawab, "Yang sahih adalah daripada Ibn al-Zubayr, daripada ‘A’isyah. Sementara hadis riwayat Muhammad bin Dinar berlaku penambahan "daripada al-Zubayr.” Sebenarnya di situ ialah Hisyam bin 'Urwah daripada bapanya, daripada al-Zubayr. Sebahagian ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka beramal dengan hadis ini. ‘A’isyah berkata, "Ayat yang diturunkan dalam al-Quran adalah sepuluh kali susuan yang diketahui. Kemudian dibatalkan daripada sepuluh kepada lima. Jadilah lima kali susuan yang diketahui. Rasulullah ﷺ wafat dengan keadaan begitu. Ishaq bin Musa al-Anshari menyampaikan hadis ini kepada kami, katanya, "Ma'an menyampaikan kepada kami, katanya, "Malik menyampaikan kepada kami, daripada 'Abdullah bin Abu Bakar, daripada 'Amrah, daripada ‘A’isyah. Berdasarkan hadis ini, ‘A’isyah dan sebahagian para isteri Nabi ﷺ memberikan fatwa. Ia merupakan pendapat al-Syafi'i dan Ishaq. Ahmad memberikan komentar berkenaan hadis Nabi ﷺ, "Satu dan dua kali susuan tidak menyebabkan jadi mahram.” Ahmad berkata, "Sekiranya seseorang berpegang dengan pendapat ‘A’isyah pada lima kali susuan maka ia merupakan satu pendapat yang kuat dan tidak menjadi suatu masalah yang dikhuatirkan.” Sebahagian ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka berkata, "Sama ada sedikit atau banyak susuan yang sampai ke perut maka dia menjadi mahram.” Ia merupakan pendapat al-Tsawri, Malik bin Anas, al-Awza’i, 'Abdullah bin al-Mubarak, Waki' dan ahli Kufah. "Abdullah bin Abu Mulaykah ialah 'Abdullah bin ‘Ubaydullah bin Abu Mulaykah. Digelar dengan Abu Muhammad. 'Abdullah bin al-Zubayr melantiknya sebagai qadi di Thaif. Ibn Jurayj berkata daripada Ibn Abu Mulaykah, katanya, "Aku sempat berjumpa 30 orang sahabat Nabi ﷺ.”
١١٥٠ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الأَعْلَى الصَّنْعَانِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ, سَمِعْتُ أَيُّوبَ يُحَدِّثُ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, لَا تُحَرِّمُ الْمَصَّةُ وَلَا الْمَصَّتَانِ. وَفِي البَاب عَنْ أُمِّ الفَضْلِ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَالزُّبَيْرِ بْنِ العَوَّامِ، وَابْنِ الزُّبَيْرِ. وَرَوَى غَيْرُ وَاحِدٍ هَذَا الحَدِيثَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, لَا تُحَرِّمُ الْمَصَّةُ وَلَا الْمَصَّتَانِ. وَرَوَى مُحَمَّدُ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنِ الزُّبَيْرِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَزَادَ فِيهِ مُحَمَّدُ بْنُ دِينَارٍ البَصْرِيُّ، عَنِ الزُّبَيْرِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ غَيْرُ مَحْفُوظٍ، وَالصَّحِيحُ عِنْدَ أَهْلِ الحَدِيثِ حَدِيثُ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. حَدِيثُ عَائِشَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ، وَسَأَلْتُ مُحَمَّدًا عَنْ هَذَا، فَقَالَ, الصَّحِيحُ عَنِ ابْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ، وَحَدِيثُ مُحَمَّدِ بْنِ دِينَارٍ وَزَادَ فِيهِ، عَنِ الزُّبَيْرِ، وَإِنَّمَا هُوَ هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ الزُّبَيْرِ. وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ. وَقَالَتْ عَائِشَةُ, أُنْزِلَ فِي القُرْآنِ عَشْرُ رَضَعَاتٍ مَعْلُومَاتٍ، فَنُسِخَ مِنْ ذَلِكَ خَمْسٌ، وَصَارَ إِلَى خَمْسِ رَضَعَاتٍ مَعْلُومَاتٍ، فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ. حَدَّثَنَا بِذَلِكَ إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَعْنٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ، عَنْ عَمْرَةَ، عَنْ عَائِشَةَ بِهَذَا، وَبِهَذَا كَانَتْ عَائِشَةُ تُفْتِي وَبَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ، وَإِسْحَاقَ. وقَالَ أَحْمَدُ بِحَدِيثِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُحَرِّمُ الْمَصَّةُ وَلَا الْمَصَّتَانِ، وقَالَ, إِنْ ذَهَبَ ذَاهِبٌ إِلَى قَوْلِ عَائِشَةَ فِي خَمْسِ رَضَعَاتٍ فَهُوَ مَذْهَبٌ قَوِيٌّ وَجَبُنَ عَنْهُ أَنْ يَقُولَ فِيهِ شَيْئًا. وقَالَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ, يُحَرِّمُ قَلِيلُ الرَّضَاعِ وَكَثِيرُهُ إِذَا وَصَلَ إِلَى الجَوْفِ، وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ، وَمَالِكِ بْنِ أَنَسٍ، وَالأَوْزَاعِيِّ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ، وَوَكِيعٍ، وَأَهْلِ الكُوفَةِ. عَبْدُ اللهِ بْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ هُوَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ وَيُكْنَى أَبَا مُحَمَّدٍ، وَكَانَ عَبْدُ اللهِ قَدْ اسْتَقْضَاهُ عَلَى الطَّائِفِ. وَقَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ، عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ، قَالَ, أَدْرَكْتُ ثَلَاثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.