bab-bab puasa daripada rasulullah

أَبْوَابُ الصَّوْمِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1 Bab Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan

Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl Shahr Ramaḍān

بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ شَهْرِ رَمَضَانَ

682 – Abu Kurayb iaitu Muhammad bin al-'Ala' bin Kurayb menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Bakar bin 'Ayyash menyampaikan kepada kami, katanya, "Daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Apabila tibanya permulaan malam bulan Ramadan maka syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka dikunci sehingga tiada satu pintu pun yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka sehingga tiada satu pun yang terkunci.” Penyeru akan memanggil, "Wahai pencari kebaikan, tampillah! Wahai pemburu kejahatan, cukuplah! Allah mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka dan ia berlaku pada setiap malam (pada bulan Ramadan).” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Abd al-Rahman bin 'Awf, Ibn Mas'ud dan Salman.

٦٨٢ – حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ العَلَاءِ بْنِ كُرَيْبٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ، وَمَرَدَةُ الجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ, يَا بَاغِيَ الخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ. وَفِي البَابِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، وَابْنِ مَسْعُودٍ، وَسَلْمَانَ.

683 – Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abdah dan al-Muharibi menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin 'Amr, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang berpuasa dan menghidupkan bulan Ramadan dengan keyakinan dan mengharapkan (ganjaran pahala) maka diampunkan dosanya yang telah lalu. Dan sesiapa yang menghidupkan Laylatulqadar dengan keimanan dan mengharapkan (ganjaran pahala) maka diampunkan dosanya yang telah lalu.” Hadis ini adalah hadis sahih. Hadis riwayat Abu Hurayrah yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin 'Ayyash adalah hadis gharib. Kami tidak mengetahuinya daripada riwayat Abu Bakar bin 'Ayyash, daripada al-A’masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah melainkan melalui riwayat hadis Abu Bakar. Aku bertanya Muhammad bin Isma'il tentang hadis ini, lalu dia berkata, "Al-Hasan bin al-Rabi' menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu al-Ahwash menyampaikan kepada kami, daripada al-A’masy, daripada Mujahid dengan katanya, Apabila tibanya permulaan malam bulan Ramadan… Lalu beliau menyebutkan hadis.” Muhammad berkata, "Menurutku, hadis ini lebih sahih berbanding hadis riwayat Abu Bakar bin 'Ayyash.”

٦٨٣ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدَةُ، وَالمُحَارِبِيُّ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَقَامَهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ, حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ الَّذِي رَوَاهُ أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ مِنْ رِوَايَةِ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَيَّاشٍ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي بَكْرٍ. وَسَأَلْتُ مُحَمَّدَ بْنَ إِسْمَاعِيلَ، عَنْ هَذَا الحَدِيثِ، فَقَالَ, حَدَّثَنَا الحَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ مُجَاهِدٍ قَوْلَهُ, إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ فَذَكَرَ الحَدِيثَ. قَالَ مُحَمَّدٌ, وَهَذَا أَصَحُّ عِنْدِي مِنْ حَدِيثِ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَيَّاشٍ.

2 Bab Janganlah Kamu Mendahulukan Bulan Ramadan Dengan Puasa Sehari Sebelumnya

Bāb Mā Jāʾa Lā Taqaddamū al-Shahr bi Ṣawm

بَابُ مَا جَاءَ لَا تَقَدَّمُوا الشَّهْرَ بِصَوْمٍ

684 – Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abdah bin Sulayman menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin 'Amr, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Nabi ﷺ bersabda, "Janganlah kamu mendahulukan bulan Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari (sebelumnya) melainkan puasa itu menepati puasa yang sering dilakukan oleh seseorang daripada kamu. Kamu berpuasalah kerana melihatnya (anak bulan) dan tidak berpuasa (masuk Syawal) kerana melihatnya (juga). Sekiranya kamu terhalang (untuk melihat anak bulan) maka sempurnakanlah 30 hari, kemudian kamu makanlah (tidak perlu berpuasa).” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada sebahagian para sahabat Nabi ﷺ. Abu 'Isa berkata, "Hadis riwayat Abu Hurayrah adalah hadis hasan sahih. Ilmuwan beramal dengan hadis ini. Mereka melarang seseorang mendahulukan puasa awal sehari sebelum masuk bulan Ramadan kerana maksud sebenar bulan Ramadan (berhati-hati daripada mencampurkan antara yang fardhu dan sunat), tetapi sekiranya seseorang sering berpuasa lalu hari puasanya itu bersamaan dengan hari terakhir maka tidak menjadi masalah apabila dia berpuasa menurut mereka.

٦٨٤ – حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ, قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لَا تَقَدَّمُوا الشَّهْرَ بِيَوْمٍ وَلَا بِيَوْمَيْنِ، إِلَاّ أَنْ يُوَافِقَ ذَلِكَ صَوْمًا كَانَ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ، صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ، وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَعُدُّوا ثَلَاثِينَ ثُمَّ أَفْطِرُوا. وَفِي البَابِ عَنْ بَعْضِ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ كَرِهُوا أَنْ يَتَعَجَّلَ الرَّجُلُ بِصِيَامٍ قَبْلَ دُخُولِ شَهْرِ رَمَضَانَ لِمَعْنَى رَمَضَانَ وَإِنْ كَانَ رَجُلٌ يَصُومُ صَوْمًا فَوَافَقَ صِيَامُهُ ذَلِكَ فَلَا بَأْسَ بِهِ عِنْدَهُمْ.

685 – Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, "Waki' menyampaikan kepada kami, daripada 'Ali bin al-Mubarak, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Janganlah kamu mendahulukan bulan Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya melainkan seseorang yang sering berpuasa maka bolehlah dia berpuasa.” Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

٦٨٥ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْمُبَارَكِ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لَا تَقَدَّمُوا شَهْرَ رَمَضَانَ بِصِيَامٍ قَبْلَهُ بِيَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ، إِلَاّ أَنْ يَكُونَ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

3 Bab Larangan Berpuasa Pada Hari Syak

Bāb Mā Jāʾa fī Karāhiyat Ṣawm Yawm al-Shakk

بَابُ مَا جَاءَ فِي كَرَاهِيَةِ صَوْمِ يَوْمِ الشَّكِّ

686 – Abu Sa'id iaitu 'Abdullah bin Sa'id al-Asyaj menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Khalid al-Ahmar menyampaikan kepada kami, daripada 'Amr bin Qays, daripada Abu Ishaq, daripada Shilah bin Zufar, katanya, "Kami pernah bersama 'Ammar bin Yasir. Lalu dihidangkan seekor kambing bakar.” Dia pun berkata, "Makanlah.” Tetapi, seseorang berundur dan berkata, "Sesungguhnya aku berpuasa.” 'Ammar berkata, "Sesiapa yang berpuasa pada hari orang ramai syak (sama ada sudah masuk Ramadan atau belum) maka sesungguhnya dia derhaka terhadap Abu al-Qasim ﷺ.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Hurayrah dan Anas. Hadis riwayat 'Ammar adalah hadis hasan sahih. Kebanyakan ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan tabiin sesudah mereka beramal dengan hadis ini. Sufyan al-Tsawri, Malik bin Anas, 'Abdullah bin al-Mubarak, al-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq berpendapat dengannya. Mereka melarang seseorang berpuasa pada hari syak. Kebanyakan mereka berpendapat sekiranya seseorang berpuasa pada hari tersebut, lalu hari tersebut sememangnya termasuk bulan Ramadan maka dia mesti menggantikannya satu hari sebagai gantinya.”

٦٨٦ – حَدَّثَنَا أَبُو سَعِيدٍ عَبْدُ اللهِ بْنُ سَعِيدٍ الأَشَجُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الأَحْمَرُ، عَنْ عَمْرِو بْنِ قَيْسٍ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ صِلَةَ بْنِ زُفَرَ، قَالَ, كُنَّا عِنْدَ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ فَأُتِيَ بِشَاةٍ مَصْلِيَّةٍ، فَقَالَ, كُلُوا، فَتَنَحَّى بَعْضُ القَوْمِ، فَقَالَ, إِنِّي صَائِمٌ، فَقَالَ عَمَّارٌ, مَنْ صَامَ اليَوْمَ الَّذِي يَشُكُّ فِيهِ النَّاسُ فَقَدْ عَصَى أَبَا القَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَنَسٍ. حَدِيثُ عَمَّارٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ, وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَكْثَرِ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِنَ التَّابِعِينَ، وَبِهِ يَقُولُ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، وَعَبْدُ اللهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، وَالشَّافِعِيُّ، وَأَحْمَدُ، وَإِسْحَاقُ، كَرِهُوا أَنْ يَصُومَ الرَّجُلُ اليَوْمَ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ، وَرَأَى أَكْثَرُهُمْ إِنْ صَامَهُ فَكَانَ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ أَنْ يَقْضِيَ يَوْمًا مَكَانَهُ.

Jami’ Al-Tirmidhi