bab-bab qadar

[87]

daripada rasulullah

أَبْوَابُ الْقَدَرِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

87

Beriman dengan qadar adalah sesuatu yang wajib. Ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Iman yang enam. Beriman dengannya bermaksud seseorang meyakini bahawa Allah sebagai pencipta semua perbuatan para hamba-Nya, sama ada yang baik mahupun buruk, Dia telah menetapkannya dalam Lauh Mahfuzh sebelum Dia menciptakan manusia lagi. Semua perkara yang berlaku adalah atas ketentuan atau qadar dan kehendak daripada Allah. Qadar merupakan salah satu daripada rahsia Allah yang tidak diketahui oleh para Malaikat-Nya mahupun Rasul-Nya. Justeru, membincangkannya adalah suatu yang dilarang terutamanya dengan akal manusia yang bersifat terbatas supaya jauh daripada kerosakan iman.

1 Bab Amaran Keras Membincangkan Hal Berkaitan Qadar/Ketentuan Allah

Bāb Mā Jāʾa fī al-Tashdīd fī al-Khawḍ fī al-Qadar

بَابُ مَا جَاءَ فِي التَّشْدِيدِ فِي الخَوْضِ فِي القَدَرِ

2133 – 'Abdullah bin Mu'awiyah al-Jumahi al-Bashri menyampaikan kepada kami, katanya, "Shalih al-Murri menyampaikan kepada kami, daripada Hisyam bin Hassan, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ keluar bertemu kami ketika kami sedang membincangkan hal berkaitan qadar. Lantas, baginda marah sehingga mukanya menjadi merah. (Kemerahan) pada dua bahagian pipinya itu sehingga menyerupai buah delima yang dibelah (atau diperah). baginda berkata, "Adakah kamu diperintahkan melakukan perkara ini, atau adakah aku diutuskan kepada kamu kerana perkara ini?" Sesungguhnya, kaum-kaum sebelum kamu binasa ketika mereka saling membincangkan perkara ini. (Oleh itu), aku tegaskan kepada kamu supaya kamu tidak membincangkannya lagi." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Umar, 'A'isyah dan Anas. Hadis ini adalah hadis gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui jalur ini pada hadis riwayat Shalih al-Murri. Beliau mempunyai beberapa hadis gharib yang beliau bersendirian meriwayatkannya dan tiada perawi yang mengikutinya.

٢١٣٣ – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ مُعَاوِيَةَ الجُمَحِيُّ البَصْرِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا صَالِحٌ الْمُرِّيُّ، عَنْ هِشَامِ بْنِ حَسَّانَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ, خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَتَنَازَعُ فِي القَدَرِ فَغَضِبَ حَتَّى احْمَرَّ وَجْهُهُ، حَتَّى كَأَنَّمَا فُقِئَ فِي وَجْنَتَيْهِ الرُّمَّانُ، فَقَالَ, أَبِهَذَا أُمِرْتُمْ أَمْ بِهَذَا أُرْسِلْتُ إِلَيْكُمْ؟ إِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حِينَ تَنَازَعُوا فِي هَذَا الأَمْرِ، عَزَمْتُ عَلَيْكُمْ أَلَاّ تَتَنَازَعُوا فِيهِ. وَفِي البَابِ عَنْ عُمَرَ، وَعَائِشَةَ، وَأَنَسٍ. وَهَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ هَذَا الوَجْهِ مِنْ حَدِيثِ صَالِحٍ الْمُرِّيِّ، وَصَالِحٌ الْمُرِّيُّ لَهُ غَرَائِبُ يَنْفَرِدُ بِهَا لَا يُتَابَعُ عَلَيْهَا.

87

Beriman dengan qadar adalah sesuatu yang wajib. Ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Iman yang enam. Beriman dengannya bermaksud seseorang meyakini bahawa Allah sebagai pencipta semua perbuatan para hamba-Nya, sama ada yang baik mahupun buruk, Dia telah menetapkannya dalam Lauh Mahfuzh sebelum Dia menciptakan manusia lagi. Semua perkara yang berlaku adalah atas ketentuan atau qadar dan kehendak daripada Allah. Qadar merupakan salah satu daripada rahsia Allah yang tidak diketahui oleh para Malaikat-Nya mahupun Rasul-Nya. Justeru, membincangkannya adalah suatu yang dilarang terutamanya dengan akal manusia yang bersifat terbatas supaya jauh daripada kerosakan iman.

2 Bab Penghujahan Antara Nabi Adam Dan Nabi Musa

Bāb Mā Jāʾa fī Ḥijāj Ādam wa Mūsā ʿalayhimā al-Salām

بَابُ مَا جَاءَ فِي حِجَاجِ آدَمَ وَمُوسَى عَلَيْهِمَا السَّلَامُ

2134 – Yahya bin Habib bin 'Arabi menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Mu'tamir bin Sulayman menyampaikan kepada kami, katanya, "Bapaku menyampaikan kepada kami, daripada Sulayman al-A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, sabdanya, "Nabi Adam dan Nabi Musa saling membalas hujah. Nabi Musa berkata, "Wahai Adam, engkaulah yang Allah ciptakan dengan tangan-Nya dan meniupkan roh-Nya kepadamu, engkau telah menyebabkan manusia lakukan kesilapan dan mengeluarkan mereka daripada syurga." baginda berkata, "Nabi Adam berkata, "Dan engkaulah Musa yang Allah telah pilihmu dengan kalam-Nya, adakah engkau mahu mengataiku terhadap suatu amalan yang Allah sudah tetapkannya sebelum Dia menciptakan langit-langit dan bumi?!" Nabi Adam mengalahkan Nabi Musa dalam berhujah." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Umar dan Jundab. Hadis ini adalah hadis gharib melalui hadis riwayat Sulayman al-Taymi, daripada al-A'masy. Sebahagian anak murid al-A'masy telah meriwayatkannya daripada al-A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, hadis yang seumpamanya. Sebahagian mereka meriwayatkannya daripada al-A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Sa'id, daripada Nabi ﷺ. Hadis ini ada diriwayatkan lebih daripada satu jalur daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ.

٢١٣٤ – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَبِيبِ بْنِ عَرَبِيٍّ، قَالَ, حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ سُلَيْمَانَ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, احْتَجَّ آدَمُ وَمُوسَى، فَقَالَ مُوسَى, يَا آدَمُ أَنْتَ الَّذِي خَلَقَكَ اللَّهُ بِيَدِهِ وَنَفَخَ فِيكَ مِنْ رُوحِهِ، أَغْوَيْتَ النَّاسَ وَأَخْرَجْتَهُمْ مِنَ الجَنَّةِ، قَالَ, فَقَالَ آدَمُ, وَأَنْتَ مُوسَى الَّذِي اصْطَفَاكَ اللَّهُ بِكَلَامِهِ أَتَلُومُنِي عَلَى عَمَلٍ عَمِلْتُهُ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيَّ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، قَالَ, فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى. وَفِي البَابِ عَنْ عُمَرَ، وَجُنْدَبٍ. وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ حَدِيثِ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ، عَنِ الأَعْمَشِ، وَقَدْ رَوَاهُ بَعْضُ أَصْحَابِ الأَعْمَشِ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ. وَقَالَ بَعْضُهُمْ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الحَدِيثُ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

3 Bab (Ketentuan) Sengsara Dan Bahagia

Bāb Mā Jāʾa fī al-Shaqāʾ wa al-Saʿādah

بَابُ مَا جَاءَ فِي الشَّقَاءِ وَالسَّعَادَةِ

2135 – Bundar menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abd al-Rahman bin Mahdi menyampaikan kepada kami, katanya, "Syu'bah menyampaikan kepada kami, daripada 'Ashim bin 'Ubaydullah, katanya, "Aku mendengar Salim bin 'Abdullah menyampaikan daripada bapanya, dia berkata, "'Umar berkata, "Wahai Rasulullah, apa katamu, adakah amal perbuatan yang kami kerjakan merupakan sesuatu yang baru (belum ditentukan dalam takdir) atau sudah ditetapkan?" baginda menjawab, "Ia sudah ditetapkan, wahai Ibn al-Khattab dan semua orang dipermudahkan (kepadanya untuk melakukan apa yang telah ditakdirkan untuknya). Adapun orang yang termasuk dalam golongan bahagia maka dia akan melakukan amalan untuk kebahagiaan. Adapun orang yang termasuk dalam golongan yang celaka maka dia akan beramal untuk kecelakaan." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Ali, Hudzayfah bin Asid, Anas dan 'Imran bin Hushayn. Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

٢١٣٥ – حَدَّثَنَا بُنْدَارٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، قَالَ, حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللهِ، قَالَ, سَمِعْتُ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللهِ يُحَدِّثُ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ, قَالَ عُمَرُ, يَا رَسُولَ اللهِ، أَرَأَيْتَ مَا نَعْمَلُ فِيهِ أَمْرٌ مُبْتَدَعٌ أَوْ مُبْتَدَأٌ أَوْ فِيمَا قَدْ فُرِغَ مِنْهُ؟ فَقَالَ, فِيمَا قَدْ فُرِغَ مِنْهُ يَا ابْنَ الخَطَّابِ وَكُلٌّ مُيَسَّرٌ، أَمَّا مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ السَّعَادَةِ فَإِنَّهُ يَعْمَلُ لِلسَّعَادَةِ، وَأَمَّا مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الشَّقَاءِ فَإِنَّهُ يَعْمَلُ لِلشَّقَاءِ. وَفِي البَابِ عَنْ عَلِيٍّ، وَحُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ، وَأَنَسٍ، وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ. وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

2136 – Al-Hasan bin 'Ali al-Hulwani menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abdullah bin Numayr dan Waki' menyampaikan kepada kami, daripada al-A'masy, daripada Sa'ad bin 'Ubaydah, daripada Abu 'Abd al-Rahman al-Sulami, daripada 'Ali, katanya, "Ketika kami sedang bersama Rasulullah ﷺ, dan baginda sedang menggores-gores di tanah (dengan kayu). Tiba-tiba baginda mengangkat kepalanya ke langit, kemudian berkata, "Tiada seorang pun daripada kamu melainkan telah diketahui." Waki' berkata, "Melainkan telah ditentukan tempatnya di neraka dan syurga." Para sahabat bertanya, "Adakah kami boleh berserah sahaja, wahai Rasulullah?" baginda menjawab, "Tidak. Beramallah kerana semua orang dipermudahkan terhadap perkara yang telah ditetapkan untuknya." Hadis ini adalah hadis hasan sahih.

٢١٣٦ – حَدَّثَنَا الحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الحُلْوَانِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نُمَيْرٍ، وَوَكِيعٌ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ، عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمِيِّ، عَنْ عَلِيٍّ قَالَ, بَيْنَمَا نَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَنْكُتُ فِي الأَرْضِ إِذْ رَفَعَ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ ثُمَّ قَالَ, مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَاّ قَدْ عُلِمَ، وَقَالَ وَكِيعٌ, إِلَاّ قَدْ كُتِبَ، مَقْعَدُهُ مِنَ النَّارِ وَمَقْعَدُهُ مِنَ الجَنَّةِ، قَالُوا, أَفَلَا نَتَّكِلُ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ, لَا، اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

4 Bab Amalan-Amalan Itu Bergantung Kepada Amalnya Yang Terakhir

Bāb Mā Jāʾa Anna al-Aʿmāl bi al-Khawātīm

بَابُ مَا جَاءَ أَنَّ الأَعْمَالَ بِالخَوَاتِيمِ

2137 – Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Mu'awiyah menyampaikan kepada kami, daripada al-A'masy, daripada Zayd ibn Wahb, daripada 'Abdullah ibn Mas'ud, katanya, "Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami, -baginda merupakan seorang yang sangat benar lagi dibenarkan-, "Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di dalam perut ibunya dalam 40 hari, kemudian menjadi segumpal darah (dalam 40 hari) seumpama itu juga, kemudian menjadi seketul daging (dalam 40 hari) seumpama itu juga. Kemudian Allah hantarkan kepadanya malaikat lalu ditiupkan padanya roh, dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat perkara; dia menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan (ketentuannya) sama ada celaka atau bahagia. Maka demi (Allah) yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, sesungguhnya seseorang daripada kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dengan syurga sekadar satu hasta, kemudian ketetapan Allah mendahuluinya, lalu dia diakhiri dengan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya seseorang daripada kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka sekadar satu hasta, kemudian ketetapan Allah mendahuluinya, lalu dia diakhiri dengan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga." Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Muhammad ibn Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya, "Yahya ibn Sa'id menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-A'masy menyampaikan kepada kami, katanya, "Zayd ibn Wahb menyampaikan kepada kami, daripada 'Abdullah ibn Mas'ud, katanya, "Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami," lalu beliau menyebutkan hadis yang sama dengannya. Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Hurayrah dan Anas. Aku pernah mendengar Ahmad bin al-Hasan berkata, "Aku pernah mendengar Ahmad ibn Hanbal berkata, "Aku tidak pernah melihat seseorang seperti Yahya bin Sa'id al-Qaththan." Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Syu'bah, dan al-Tsawri meriwayatkan hadis seumpamanya daripada al-A'masy. Muhammad bin al-'Ala' menyampaikan kepada kami, katanya, "Waki' menyampaikan kepada kami, daripada al-A'masy, daripada Zayd, hadis yang semakna dengannya."

٢١٣٧ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ, إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ فِي أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسِلُ اللَّهُ إِلَيْهِ الْمَلَكَ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعٍ، يَكْتُبُ رِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَعَمَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَاّ ذِرَاعٌ ثُمَّ يَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَاّ ذِرَاعٌ ثُمَّ يَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا. وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ، قَالَ, حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ وَهْبٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرَ مِثْلَهُ. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَنَسٍ وسَمِعْت أَحْمَدَ بْنَ الحَسَنِ قَالَ, سَمِعْتُ أَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلٍ يَقُولُ, مَا رَأَيْتُ بِعَيْنِي مِثْلَ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ القَطَّانِ. وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رَوَاهُ شُعْبَةُ، وَالثَّوْرِيُّ، عَنِ الأَعْمَشِ، نَحْوَهُ. حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ العَلَاءِ، قَالَ, حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ زَيْدٍ، نَحْوَهُ.

Jami’ Al-Tirmidhi