bab-bab sembahyang rasulullah
أَبْوَابُ الصَّلَاةِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
113 – Bab Waktu-Waktu Sembahyang Nabi ﷺ
Bāb Mā Jāʾa fī Mawāqīt al-Ṣalāh ʿan al-Nabī Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama
بَابُ مَا جَاءَ فِي مَوَاقِيتِ الصَّلَاةِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
149 – Hannad bin al-Sari menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abd al-Rahman bin Abu al-Zinad menyampaikan kepada kami, daripada 'Abd al-Rahman bin al-Harits bin 'Ayyash bin Abu Rabi'ah, daripada Hakim bin Hakim iaitu Ibn 'Abbas bin Hunayf, katanya, "Nafi' bin Jubayr bin Muth'im mengkhabarkan kepadaku, katanya, "Ibn 'Abbas mengkhabarkan kepadaku bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Jibril pernah menjadi imam kepadaku di Baitullah sebanyak dua kali. Kali pertama (hari pertama), dia sembahyang zohor ketika bayang seukuran tali kasut. Kemudian dia sembahyang asar ketika semua benda sama panjang dengan bayangnya. Kemudian dia sembahyang maghrib ketika matahari terbenam dan orang berbuka puasa. Kemudian dia sembahyang isyak ketika hilang cahaya merah (di langit). Kemudian dia sembahyang subuh ketika terbitnya fajar dan dilarang makan kepada orang yang berpuasa. Pada kali kedua (hari kedua), dia sembahyang zohor ketika bayang setiap benda sama panjang sepertinya, iaitu (hampir) dengan waktu asar semalam. Kemudian dia sembahyang asar ketika bayang setiap benda dua kali lebih panjang daripada benda tersebut. Kemudian dia sembahyang maghrib sama waktunya seperti hari yang pertama. Kemudian dia sembahyang isyak ketika sudah berlalunya satu pertiga malam. Kemudian dia sembahyang subuh ketika bumi sudah mula terang. Kemudian Jibril berpaling padaku dan berkata, "Wahai Muhammad, inilah waktu para nabi sebelummu. Waktu sembahyang itu berlaku antara dua waktu ini.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Hurayrah, Buraydah, Abu Musa, Abu Mas'ud, Abu Sa'id, Jabir, 'Amr bin Hazm, al-Bara' dan Anas.
١٤٩ – حَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الحَارِثِ بْنِ عَيَّاشِ بْنِ أَبِي رَبِيعَةَ، عَنْ حَكِيمِ بْنِ حَكِيمٍ وَهُوَ ابْنُ عَبَّادِ بْنِ حُنَيْفٍ قَالَ, أَخْبَرَنِي نَافِعُ بْنُ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، قَالَ, أَخْبَرَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, أَمَّنِي جِبْرِيلُ عِنْدَ البَيْتِ مَرَّتَيْنِ، فَصَلَّى الظُّهْرَ فِي الأُولَى مِنْهُمَا حِينَ كَانَ الفَيْءُ مِثْلَ الشِّرَاكِ، ثُمَّ صَلَّى العَصْرَ حِينَ كَانَ كُلُّ شَيْءٍ مِثْلَ ظِلِّهِ، ثُمَّ صَلَّى الْمَغْرِبَ حِينَ وَجَبَتِ الشَّمْسُ وَأَفْطَرَ الصَّائِمُ، ثُمَّ صَلَّى العِشَاءَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ، ثُمَّ صَلَّى الفَجْرَ حِينَ بَرَقَ الفَجْرُ، وَحَرُمَ الطَّعَامُ عَلَى الصَّائِمِ، وَصَلَّى الْمَرَّةَ الثَّانِيَةَ الظُّهْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّ كُلِّ شَيْءٍ مِثْلَهُ لِوَقْتِ العَصْرِ بِالأَمْسِ، ثُمَّ صَلَّى العَصْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّ كُلِّ شَيْءٍ مِثْلَيْهِ، ثُمَّ صَلَّى الْمَغْرِبَ لِوَقْتِهِ الأَوَّلِ، ثُمَّ صَلَّى العِشَاءَ الآخِرَةَ حِينَ ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ، ثُمَّ صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ أَسْفَرَتِ الأَرْضُ، ثُمَّ التَفَتَ إِلَيَّ جِبْرِيلُ، فَقَالَ, يَا مُحَمَّدُ، هَذَا وَقْتُ الأَنْبِيَاءِ مِنْ قَبْلِكَ، وَالوَقْتُ فِيمَا بَيْنَ هَذَيْنِ الوَقْتَيْنِ. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَبُرَيْدَةَ، وَأَبِي مُوسَى، وَأَبِي مَسْعُودٍ، وَأَبِي سَعِيدٍ، وَجَابِرٍ، وَعَمْرِو بْنِ حَزْمٍ، وَالبَرَاءِ، وَأَنَسٍ.
150 – Ahmad bin Muhammad bin Musa menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abdullah bin al-Mubarak menyampaikan kepada kami, katanya, "Husayn bin 'Ali bin Husayn mengkhabarkan kepada kami, katanya, "Wahb bin Kaysan mengkhabarkan kepadaku, daripada Jabir bin 'Abdullah, daripada Rasulullah ﷺ sabdanya, "Jibril pernah mengimamkanku.” Lalu perawi menyebutkan hadis yang semakna seperti hadis riwayat Ibn 'Abbas. Cuma perawi tidak menyebutkan lafaz "hampir dengan waktu asar semalam.” Hadis riwayat Ibn 'Abbas merupakan hadis hasan. Muhammad berkata, "Hadis yang paling sahih berkenaan waktu-waktu sembahyang adalah hadis riwayat Jabir yang diriwayatkan daripada Nabi ﷺ. Hadis riwayat Jabir telah diriwayatkan oleh 'Atha' bin Abu Rabah, 'Amr bin Dinar dan Abu al-Zubayr daripada Jabir bin 'Abdullah, daripada Nabi ﷺ sama seperti hadis riwayat Wahb bin Kaysan, daripada Jabir, daripada Nabi ﷺ.
١٥٠ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مُوسَى، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، قَالَ, أَخْبَرَنَا حُسَيْنُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ قَالَ, أَخْبَرَنِي وَهْبُ بْنُ كَيْسَانَ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, أَمَّنِي جِبْرِيلُ، فَذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ ابْنِ عَبَّاسٍ بِمَعْنَاهُ، وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ لِوَقْتِ العَصْرِ بِالأَمْسِ. حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ. وقَالَ مُحَمَّدٌ, أَصَحُّ شَيْءٍ فِي الْمَوَاقِيتِ حَدِيثُ جَابِرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَحَدِيثُ جَابِرٍ فِي الْمَوَاقِيتِ قَدْ رَوَاهُ عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ، وَعَمْرُو بْنُ دِينَارٍ، وَأَبُو الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ حَدِيثِ وَهْبِ بْنِ كَيْسَانَ، عَنْ جَابِرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
114 - Ini Adalah Bab Lanjutan Tentang Waktu-Waktu Sembahyang Nabi ﷺ
Bāb minhu
باب منه
151 – Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, "Muhammad bin Fudhayl menyampaikan kepada kami, daripada al-A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya sembahyang mempunyai waktu permulaan dan pengakhiran. Permulaan waktu sembahyang zohor adalah ketika gelincirnya matahari dan waktu pengakhirannya adalah ketika masuknya waktu asar. Permulaan waktu sembahyang asar ketika masuk waktunya dan pengakhirannya adalah ketika matahari menjadi kekuningan. Permulaan waktu maghrib adalah ketika terbenamnya matahari dan pengakhirannya adalah ketika hilangnya cahaya merah (di langit). Permulaan waktu isyak adalah hilangnya (cahaya merah) di langit dan pengakhirannya adalah ketika di pertengahan malam. Dan permulaan waktu subuh adalah ketika terbitnya fajar dan pengakhirannya adalah ketika terbitnya matahari.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Abdullah bin 'Amr. Aku mendengar Muhammad berkata, "Hadis riwayat al-A'masy daripada Mujahid tentang waktu-waktu sembahyang lebih sahih daripada hadis riwayat Muhammad bin Fudhayl, daripada al-A'masy. Hadis riwayat Muhammad bin Fudhayl terdapat kesilapan (dalam sanad) yang dilakukan oleh Muhammad bin Fudhayl. Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq al-Fazari, daripada al-A'masy, daripada Mujahid, katanya, "Disebutkan bahawa sembahyang mempunyai waktu permulaan dan pengakhiran.” Lalu perawi menyebutkan hadis yang semakna dengan hadis riwayat Muhammad bin Fudhayl, daripada al-A'masy.”
١٥١ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, إِنَّ لِلصَّلَاةِ أَوَّلاً وَآخِرًا، وَإِنَّ أَوَّلَ وَقْتِ صَلَاةِ الظُّهْرِ حِينَ تَزُولُ الشَّمْسُ، وَآخِرَ وَقْتِهَا حِينَ يَدْخُلُ وَقْتُ العَصْرِ، وَإِنَّ أَوَّلَ وَقْتِ صَلَاةِ العَصْرِ حِينَ يَدْخُلُ وَقْتُهَا، وَإِنَّ آخِرَ وَقْتِهَا حِينَ تَصْفَرُّ الشَّمْسُ، وَإِنَّ أَوَّلَ وَقْتِ الْمَغْرِبِ حِينَ تَغْرُبُ الشَّمْسُ، وَإِنَّ آخِرَ وَقْتِهَا حِينَ يَغِيبُ الأُفُقُ، وَإِنَّ أَوَّلَ وَقْتِ العِشَاءِ الآخِرَةِ حِينَ يَغِيبُ الأُفُقُ، وَإِنَّ آخِرَ وَقْتِهَا حِينَ يَنْتَصِفُ اللَّيْلُ، وَإِنَّ أَوَّلَ وَقْتِ الفَجْرِ حِينَ يَطْلُعُ الفَجْرُ، وَإِنَّ آخِرَ وَقْتِهَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ. وَفِي البَابِ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو. سَمِعْتُ مُحَمَّدًا، يَقُولُ, حَدِيثُ الأَعْمَشِ، عَنْ مُجَاهِدٍ فِي الْمَوَاقِيتِ أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ فُضَيْلٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، وَحَدِيثُ مُحَمَّدِ بْنِ فُضَيْلٍ خَطَأٌ أَخْطَأَ فِيهِ مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ. حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ الفَزَارِيِّ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ مُجَاهِدٍ، قَالَ, كَانَ يُقَالُ إِنَّ لِلصَّلَاةِ أَوَّلاً وَآخِرًا، فَذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ فُضَيْلٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، نَحْوَهُ بِمَعْنَاهُ.
115 - Ini Adalah Bab Lanjutan Tentang Waktu-Waktu Sembahyang Nabi ﷺ
Bāb minhu
باب منه
152 – Ahmad bin Mani', al-Hasan bin al-Shabbah al-Bazzar, Ahmad bin Muhammad bin Musa menyampaikan kepada kami hadis dengan makna sama, mereka berkata, "Ishaq bin Yusuf al-Azraq menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada 'Alqamah bin Martsad, daripada Sulayman bin Buraydah, daripada bapanya, dia berkata, "Seorang lelaki datang berjumpa Nabi ﷺ, lalu bertanyakan tentang waktu-waktu sembahyang.” baginda menjawab, "Dirikanlah sembahyang bersama kami, Insya-Allah.” baginda memerintahkan bilal melaungkan azan ketika terbitnya fajar. Kemudian baginda memerintahkannya melaungkan azan ketika gelincirnya matahari dan sembahyang zohor. Kemudian baginda memerintahkannya melaungkan azan lalu baginda sembahyang asar ketika matahari masih cerah dan tinggi. Kemudian baginda memerintahkannya (melaungkan azan) maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian baginda memerintahkannya (melaungkan azan) isyak ketika hilangnya cahaya merah (syafaq). Keesokannya baginda memerintahkan Bilal (melaungkan azan) ketika cahaya mula menyinari waktu fajar. Kemudian baginda memerintahkannya (melaungkan azan) zohor ketika cahaya matahari sudah teduh. Kemudian baginda memerintahkannya (melaungkan azan) ketika matahari di akhir waktunya (pada hari kedua) lebih daripada waktunya berbanding semalam. Kemudian baginda memerintahkannya melewatkan (azan) maghrib sehingga sebelum sedikit hilangnya cahaya merah (di langit). Kemudian baginda memerintahkannya (melaungkan azan) ketika sudah berlalu sepertiga malam.” Kemudian baginda bertanya, "Di mana orang yang bertanya tentang waktu-waktu sembahyang?" Lelaki itu menjawab, "Saya.” baginda berkata, "Waktu-waktu sembahyang (didirikan) sebagaimana (yang berlaku) antara dua waktu ini.”
١٥٢ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، وَالحَسَنُ بْنُ الصَّبَّاحِ البَزَّارُ، وَأَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مُوسَى، الْمَعْنَى وَاحِدٌ، قَالُوا, حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ الأَزْرَقُ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ مَرْثَدٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ, أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ، فَسَأَلَهُ عَنْ مَوَاقِيتِ الصَّلَاةِ؟ فَقَالَ, أَقِمْ مَعَنَا إِنْ شَاءَ اللَّهُ، فَأَمَرَ بِلَالاً فَأَقَامَ حِينَ طَلَعَ الفَجْرُ، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ حِينَ زَالَتِ الشَّمْسُ، فَصَلَّى الظُّهْرَ، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ، فَصَلَّى العَصْرَ وَالشَّمْسُ بَيْضَاءُ مُرْتَفِعَةٌ، ثُمَّ أَمَرَهُ بِالمَغْرِبِ حِينَ وَقَعَ حَاجِبُ الشَّمْسِ، ثُمَّ أَمَرَهُ بِالعِشَاءِ فَأَقَامَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ، ثُمَّ أَمَرَهُ مِنَ الغَدِ فَنَوَّرَ بِالفَجْرِ، ثُمَّ أَمَرَهُ بِالظُّهْرِ، فَأَبْرَدَ وَأَنْعَمَ أَنْ يُبْرِدَ، ثُمَّ أَمَرَهُ بِالعَصْرِ فَأَقَامَ، وَالشَّمْسُ آخِرَ وَقْتِهَا فَوْقَ مَا كَانَتْ، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَخَّرَ الْمَغْرِبَ إِلَى قُبَيْلِ أَنْ يَغِيبَ الشَّفَقُ، ثُمَّ أَمَرَهُ بِالعِشَاءِ فَأَقَامَ حِينَ ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ، ثُمَّ قَالَ, أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ مَوَاقِيتِ الصَّلَاةِ؟، فَقَالَ الرَّجُلُ, أَنَا، فَقَالَ, مَوَاقِيتُ الصَّلَاةِ كَمَا بَيْنَ هَذَيْنِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ صَحِيحٌ. وَقَدْ رَوَاهُ شُعْبَةُ، عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ مَرْثَدٍ أَيْضًا.
116 – Bab Sembahyang Subuh Ketika Kegelapan Malam Masih Menyelubungi
Bāb Mā Jāʾa fī al-Taghlīs bi al-Fajr
بَابُ مَا جَاءَ فِي التَّغْلِيسِ بِالفَجْرِ
153 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, daripada Malik bin Anas. (Dalam sanad lain) al-Anshari menyampaikan kepada kami, katanya, "Ma'an menyampaikan kepada kami, katanya, "Malik menyampaikan kepada kami, daripada Yahya bin Sa'id, daripada 'Amrah, daripada 'A'isyah katanya, "(Setelah) Rasulullah ﷺ (selesai) mengerjakan sembahyang subuh, para wanita akan bersurai.” Al-Anshari berkata, "Para wanita pergi dalam keadaan melilitkan kain-kain mereka (pada muka). Mereka tidak dapat dikenali kerana kegelapan malam.” Qutaybah berkata, "Dalam keadaan menutupi (tubuh-tubuh mereka).” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Ibn 'Umar, Anas dan Qaylah binti Makhramah. Hadis riwayat 'A'isyah merupakan hadis hasan sahih. Demikianlah yang dipilih oleh ramai ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ, antara mereka, "Abu Bakar dan 'Umar.” Begitu juga para tabiin selepas mereka. Begitulah pendapat al-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq, iaitu mereka menganjurkan sembahyang subuh ketika kegelapan masih lagi menyelubungi.
١٥٣ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ (ح) وحَدَّثَنَا الأَنْصَارِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَعْنٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ عَمْرَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ, إِنْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُصَلِّي الصُّبْحَ فَيَنْصَرِفُ النِّسَاءُ، قَالَ الأَنْصَارِيُّ, فَيَمُرُّ النِّسَاءُ مُتَلَفِّفَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ مَا يُعْرَفْنَ مِنَ الغَلَسِ، وقَالَ قُتَيْبَةُ, مُتَلَفِّعَاتٍ. وَفِي البَابِ عَنِ ابْنِ عُمَرَ، وَأَنَسٍ، وَقَيْلَةَ بِنْتِ مَخْرَمَةَ. حَدِيثُ عَائِشَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَهُوَ الَّذِي اخْتَارَهُ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُمْ, أَبُو بَكْرٍ، وَعُمَرُ، وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِنَ التَّابِعِينَ. وَبِهِ يَقُولُ الشَّافِعِيُّ، وَأَحْمَدُ، وَإِسْحَاقُ، يَسْتَحِبُّونَ التَّغْلِيسَ بِصَلَاةِ الفَجْرِ.