bab-bab sembahyang witir
أَبْوَابُ الوِتْرِ
332 – Bab Kelebihan Sembahyang Witir
Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl al-Witr
٣٣٢ – بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ الوِتْرِ
452 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Layts bin Sa'ad menyampaikan kepada kami, daripada Yazid bin Abu Habib, daripada 'Abdullah bin Rasyid al-Zawfi, daripada 'Abdullah bin Abu Murrah al-Zawfi, daripada Kharijah bin Hudzafah katanya, "Rasulullah ﷺ keluar kepada kami, lalu berkata, "Sesungguhnya Allah telah menambahkan kepada kamu satu sembahyang yang lebih baik daripada unta merah, iaitu sembahyang witir. Allah menjadikannya (waktu) untuk kamu di antara sembahyang isyak sehingga terbit fajar.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Hurayrah, 'Abdullah bin 'Amr, Buraydah dan Abu Bashrah al-Ghifari iaitu sahabat Rasulullah ﷺ. Hadis riwayat Kharijah bin Hudzafah adalah hadis gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Yazid bin Abu Habib. Sebahagian ahli hadis terkeliru terhadap hadis ini. Ada yang mengatakan (bahawa perawi dalam sanad hadis ini ialah) 'Abdullah bin Rasyid al-Zuraqi. Ia adalah kekeliruan (kerana yang sebenarnya ialah al-Zawfi bukan al-Zuraqi). Nama Abu Bashrah al-Ghifari adalah Humayl bin Bashrah. Sebahagian ulama mengatakan, "Jamil bin Bashrah. Ia tidak benar.” Abu Bashrah al-Ghifari adalah orang lain yang meriwayatkan daripada Abu Dzar. Beliau merupakan anak saudara Abu Dzar.
٤٥٢ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ رَاشِدٍ الزَّوْفِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي مُرَّةَ الزَّوْفِيِّ، عَنْ خَارِجَةَ بْنِ حُذَافَةَ، أَنَّهُ قَالَ, خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ, إِنَّ اللَّهَ أَمَدَّكُمْ بِصَلَاةٍ هِيَ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ, الوِتْرُ، جَعَلَهُ اللَّهُ لَكُمْ فِيمَا بَيْنَ صَلَاةِ العِشَاءِ إِلَى أَنْ يَطْلُعَ الفَجْرُ. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، وَبُرَيْدَةَ، وَأَبِي بَصْرَةَ الغِفَارِيِّ صَاحِبِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.حَدِيثُ خَارِجَةَ بْنِ حُذَافَةَ حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ. وَقَدْ وَهِمَ بَعْضُ الْمُحَدِّثِينَ فِي هَذَا الحَدِيثِ, فَقَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ رَاشِدٍ الزُّرَقِيُّ، وَهُوَ وَهَمٌ. وَأَبُو بَصْرَةَ الغِفَارِيُّ اسْمُهُ حُمَيْلُ بْنُ بَصْرَةَ. وقَالَ بَعْضُهُمْ, جَمِيلُ بْنُ بَصْرَةَ، وَلَا يَصِحُّ. وَأَبُو بَصْرَةَ الغِفَارِيُّ رَجُلٌ آخَرُ يَرْوِي عَنْ أَبِي ذَرٍّ وَهُوَ ابْنُ أَخِي أَبِي ذَرٍّ.
333 – Bab Sembahyang Witir Tidak Wajib
Bāb Mā Jāʾa Anna al-Witr Laysa bi Ḥatm
٣٣٣ – بَابُ مَا جَاءَ أَنَّ الوِتْرَ لَيْسَ بِحَتْمٍ
453 – Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Bakar bin 'Ayyash menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Ishaq menyampaikan kepada kami, daripada 'Ashim bin Dhamrah, daripada 'Ali, katanya, "Sembahyang witir tidak wajib seperti sembahyang fardhu kamu. Akan tetapi Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah itu ganjil (Maha Esa), Dia menyukai ganjil. Oleh itu, tunaikanlah sembahyang witir wahai ahli al-Quran (muslimin).” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Ibn 'Umar, Ibn Mas'ud dan Ibn 'Abbas. Hadis riwayat 'Ali adalah hadis hasan.
٤٥٣ – حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ ضَمْرَةَ، عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ, الوِتْرُ لَيْسَ بِحَتْمٍ كَصَلَاتِكُمُ الْمَكْتُوبَةِ، وَلَكِنْ سَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَالَ, إِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الوِتْرَ، فَأَوْتِرُوا يَا أَهْلَ القُرْآنِ. وَفِي البَابِ عَنِ ابْنِ عُمَرَ، وَابْنِ مَسْعُودٍ، وَابْنِ عَبَّاسٍ. حَدِيثُ عَلِيٍّ حَدِيثٌ حَسَنٌ.
454 – Sufyan al-Tsawri dan selainnya meriwayatkan daripada Abu Ishaq, daripada 'Ashim bin Dhamrah, daripada 'Ali, katanya, "Sembahyang witir itu tidak wajib seperti sembahyang fardhu kamu. Akan tetapi ia adalah sunnah yang Rasulullah ﷺ lakukannya.” Muhammad bin Basysyar menyampaikan demikian kepada kami, katanya, 'Abd al-Rahman bin Mahdi menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, daripada Abu Ishaq. Hadis ini lebih sahih daripada hadis Abu Bakar bin 'Ayyash. Manshur bin al-Mu'tamir meriwayatkan daripada Abu Ishaq sama seperti riwayat Abu Bakar bin 'Ayyash.
٤٥٤ – وَرَوَى سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، وَغَيْرُهُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ ضَمْرَةَ، عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ, الوِتْرُ لَيْسَ بِحَتْمٍ كَهَيْئَةِ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، وَلَكِنْ سُنَّةٌ سَنَّهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، حَدَّثَنَا بِذَلِكَ مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ. وَهَذَا أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَيَّاشٍ. وَقَدْ رَوَى مَنْصُورُ بْنُ الْمُعْتَمِرِ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ نَحْوَ رِوَايَةِ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَيَّاشٍ.
334- Bab Makruh Tidur Sebelum Sembahyang Witir (Bagi Orang Yang Bimbang Tidak Bangun Pada Akhir Malam)
Bāb Mā Jāʾa fī Karāhiyat al-Nawm qabla al-Witr
٣٣٤ – بَابُ مَا جَاءَ فِي كَرَاهِيَةِ النَّوْمِ قَبْلَ الوِتْرِ
455 – Abu Kurayb menyampaikan kepada kami, katanya, "Yahya bin Zakariyya bin Abu Za’idah menyampaikan kepada kami, daripada Israil, daripada 'Isa bin Abu 'Azzah, daripada al-Sya’bi, daripada Abu Tsawr al-Azdi, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ memerintahkanku supaya menunaikan sembahyang witir sebelum aku tidur.” 'Isa bin Abu 'Azzah berkata, "Al-Sya’bi melakukan sembahyang witir pada awal malam kemudian beliau tidur.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Dzar. Hadis riwayat Abu Hurayrah adalah hadis hasan gharib melalui jalur ini. Nama Abu Tsawr al-Azdi adalah Habib bin Abu Mulaykah. Sekumpulan ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan ulama sesudah mereka berpegang bahawa seseorang tidak boleh tidur sehingga dia menunaikan sembahyang witir.
٤٥٥ – حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ، عَنْ إِسْرَائِيلَ، عَنْ عِيسَى بْنِ أَبِي عَزَّةَ، عَنِ الشَّعْبِيِّ، عَنْ أَبِي ثَوْرٍ الأَزْدِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ، قَالَ عِيسَى بْنُ أَبِي عَزَّةَ, وَكَانَ الشَّعْبِيُّ يُوتِرُ أَوَّلَ اللَّيْلِ ثُمَّ يَنَامُ. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ. حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الوَجْهِ. وَأَبُو ثَوْرٍ الأَزْدِيُّ اسْمُهُ حَبِيبُ بْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ. وَقَدْ اخْتَارَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَنْ بَعْدَهُمْ أَنْ لَا يَنَامَ الرَّجُلُ حَتَّى يُوتِرَ.
456 – Diriwayatkan daripada Nabi ﷺ sabdanya, "Sesiapa dalam kalangan kamu yang bimbang dia tidak boleh bangun pada akhir malam maka hendaklah dia berwitir pada awal malam. Sesiapa dalam kalangan kamu yang mahu bangun pada akhir malam maka hendaklah dia berwitir pada akhir malam. Kerana sesungguhnya bacaan al-Quran pada akhir malam itu disaksikan (oleh malaikat rahmat). Itulah yang paling baik. Hannad menyampaikan kepada kami demikian, katanya, "Abu Mu'awiyah menyampaikan kepada kami, daripada al-A’masy, daripada Abu Sufyan, daripada Jabir, daripada Nabi ﷺ sedemikian.”
٤٥٦ – وَرُوِيَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ, مَنْ خَشِيَ مِنْكُمْ أَنْ لَا يَسْتَيْقِظَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ مِنْ أَوَّلِهِ، وَمَنْ طَمِعَ مِنْكُمْ أَنْ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ، فَإِنَّ قِرَاءَةَ القُرْآنِ فِي آخِرِ اللَّيْلِ مَحْضُورَةٌ، وَهِيَ أَفْضَلُ حَدَّثَنَا بِذَلِكَ هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي سُفْيَانَ، عَنْ جَابِرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَلِكَ.