bab-bab sembelihan korban daripada rasulullah
أَبْوَابُ الأَضَاحِيِّ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Kelebihan Sembelihan Korban
Bāb Mā Jāʾa fī Faḍl al-Uḍḥiyyah
بَابُ مَا جَاءَ فِي فَضْلِ الأُضْحِيَّةِ
1493 – Abu 'Amr iaitu Muslim bin 'Amr bin Muslim al-Hadzdza' al-Madani menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abdullah bin Nafi' al-Sha'igh iaitu Abu Muhammad menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Mutsanna, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada bapanya, daripada 'A'isyah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Tiada satu pun amalan anak Adam pada hari Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih Allah cintai melebihi mengalirkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya pada hari kiamat ia pasti datang dengan tanduk, bulu dan kasut kakinya. Dan sesungguhnya darah itu berada di suatu tempat di sisi Allah sebelum ia menitis ke bumi. Kerana itu, bersenang hatilah melakukan korban (dengan rela)." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Imran bin Hushayn dan Zayd bin Arqam. Hadis ini adalah hadis hasan gharib. Kami tidak mengetahuinya diriwayatkan melalui hadis riwayat Hisyam bin 'Urwah melainkan melalui jalur ini. Nama Abu al-Mutsanna ialah Sulayman bin Yazid. Ibn Abu Fudayk pernah meriwayatkan daripada beliau. Terdapat riwayat daripada Rasulullah ﷺ, sabdanya, "Berhubung binatang sembelihan, bagi setiap helaian bulu tuannya mendapat satu kebaikan." Terdapat juga riwayat dengan tanduknya (tuannya memperoleh satu kebaikan).
١٤٩٣ – حَدَّثَنَا أَبُو عَمْرٍو مُسْلِمُ بْنُ عَمْرِو بْنِ مُسْلِمٍ الحَذَّاءُ الْمَدَنِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نَافِعٍ الصَّائِغُ أَبُو مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِي الْمُثَنَّى، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا. وَفِي البَابِ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ، وَزَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ إِلَاّ مِنْ هَذَا الوَجْهِ وَأَبُو الْمُثَنَّى اسْمُهُ سُلَيْمَانُ بْنُ يَزِيدَ رَوَى عَنْهُ ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ. وَيُرْوَى عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ, فِي الأُضْحِيَّةِ لِصَاحِبِهَا بِكُلِّ شَعَرَةٍ حَسَنَةٌ وَيُرْوَى بِقُرُونِهَا.
2 – Bab Berkorban Dengan Dua Ekor Kibas (Kambing Biri-Biri)
Bāb Mā Jāʾa fī al-Uḍḥiyyah bi Kabshayn
بَابُ مَا جَاءَ فِي الأُضْحِيَّةِ بِكَبْشَيْنِ
1494 -Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu 'Awanah menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik, katanya, "Rasulullah ﷺ berkorban dengan menyembelih dua ekor kibas putih yang bertanduk. baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangannya sendiri. baginda menyebutkan nama Allah, bertakbir dan meletakkan kakinya pada bahagian tepi binatang." Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Ali, 'A'isyah, Abu Hurayrah, Abu Ayyub, Jabir, Abu al-Darda', Abu Rafi', Ibn 'Umar dan Abu Bakarah. Hadis ini adalah hadis hasan sahih.
١٤٩٤ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ, ضَحَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا. وَفِي البَابِ عَنْ عَلِيٍّ، وَعَائِشَةَ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَبِي أَيُّوبَ، وَجَابِرٍ، وَأَبِي الدَّرْدَاءِ، وَأَبِي رَافِعٍ، وَابْنِ عُمَرَ، وَأَبِي بَكْرَةَ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
3 – Bab Melaksanakan Korban Bagi Pihak Si Mati
Bāb Mā Jāʾa fī al-Uḍḥiyyah ʿan al-Mayyit
بَابُ مَا جَاءَ فِي الأُضْحِيَّةِ عَنِ الْمَيِّتِ
1495 – Muhammad bin 'Ubayd al-Muharibi al-Kufi menyampaikan kepada kami, katanya, "Syarik menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Hasna', daripada al-Hakam, daripada Hanasy, daripada 'Ali, bahawa beliau selalu menyembelih dua ekor kibas. Salah satu daripadanya bagi pihak Nabi ﷺ dan satu lagi untuk dirinya." Beliau ditanya kepadanya. Maka dia menjawab, "Baginda memerintahkanku melakukannya. Maka aku tidak akan meninggalkannya buat selama-lamanya." Hadis ini adalah hadis gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Syarik. Sebahagian ilmuwan mengharuskan untuk dilakukan korban bagi pihak si mati. Namun, sebahagiannya menyatakan tidak boleh. 'Abdullah bin al-Mubarak berkata, "Yang lebih aku sukai adalah dia bersedekah bagi pihak si mati dan tidak berkorban bagi pihaknya. Sekiranya dia berkorban maka dia tidak boleh makan sedikit pun. Dia hendaklah menyedekahkannya kesemuanya." Muhammad berkata, "'Ali bin al-Madini berkata, "Terdapat perawi selain Syarik yang meriwayatkan hadis ini." Aku bertanya kepada beliau, "Apakah nama Abu al-Hasna'. Tetapi dia tidak mengetahuinya. Muslim berkata, "Namanya ialah al-Hasan."
١٤٩٥ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ الْمُحَارِبِيُّ الكُوفِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنْ أَبِي الحَسْنَاءِ، عَنِ الحَكَمِ، عَنْ حَنَشٍ، عَنْ عَلِيٍّ، أَنَّهُ كَانَ يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ أَحَدُهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَالآخَرُ عَنْ نَفْسِهِ، فَقِيلَ لَهُ, فَقَالَ, أَمَرَنِي بِهِ، يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَا أَدَعُهُ أَبَدًا. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ شَرِيكٍ وَقَدْ رَخَّصَ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ أَنْ يُضَحَّى عَنِ الْمَيِّتِ وَلَمْ يَرَ بَعْضُهُمْ أَنْ يُضَحَّى عَنْهُ, وقَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ الْمُبَارَكِ, أَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ يُتَصَدَّقَ عَنْهُ، وَلَا يُضَحَّى عَنْهُ، وَإِنْ ضَحَّى، فَلَا يَأْكُلُ مِنْهَا شَيْئًا، وَيَتَصَدَّقُ بِهَا كُلِّهَا قَالَ مُحَمَّدٌ, قَالَ عَلِيُّ بْنُ الْمَدِينِيِّ, وَقَدْ رَوَاهُ غَيْرُ شَرِيكٍ، قُلْتُ لَهُ, أَبُو الحَسْنَاءِ مَا اسْمُهُ فَلَمْ يَعْرِفْهُ قَالَ, مُسْلِمٌ اسْمُهُ الحَسَنُ.
4 – Bab Binatang-Binatang Yang Elok Dikorbankan
Bāb Mā Jāʾa Mā Yustaḥabb min al-Aḍāḥī
بَابُ مَا جَاءَ مَا يُسْتَحَبُّ مِنَ الأَضَاحِيِّ
1496 – Abu Sa'id al-Asyaj menyampaikan kepada kami, katanya, "Hafsh bin Ghiyats menyampaikan kepada kami, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada bapanya, daripada Abu Sa'id al-Khudri, katanya, "Rasulullah ﷺ berkorban dengan seekor kibas bertanduk, jantan yang sempurna. Mulutnya hitam, kakinya hitam dan matanya juga hitam." Hadis ini adalah hadis hasan sahih gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Hafsh bin Ghiyats.
١٤٩٦ – حَدَّثَنَا أَبُو سَعِيدٍ الأَشَجُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ قَالَ, ضَحَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ فَحِيلٍ، يَأْكُلُ فِي سَوَادٍ، وَيَمْشِي فِي سَوَادٍ، وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ.
5 – Bab Binatang-Binatang Yang Tidak Boleh Dijadikan Sebagai Korban
Bāb Mā Lā Yajūz min al-Aḍāḥī
بَابُ مَا لَا يَجُوزُ مِنَ الأَضَاحِيِّ
1497 – 'Ali bin Hujr menyampaikan kepada kami, katanya, "Jarir bin Hazim mengkhabarkan kepada kami, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Yazid bin Abu Habib, daripada Sulayman bin 'Abd al-Rahman, daripada 'Ubayd bin Fayruz, daripada al-Bara' bin 'Azib, dia memarfu'kannya, katanya, "Tidak boleh berkorban dengan binatang yang tempang, nyata tempangnya. Dan tidak boleh dengan binatang yang buta, nyata butanya. Dan tidak boleh dengan yang sakit, nyata sakitnya. Dan tidak boleh dengan yang kurus yang tidak bersumsum tulangnya (sangat kurus)."
١٤٩٧ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ, أَخْبَرَنَا جَرِيرُ بْنُ حَازِمٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عُبَيْدِ بْنِ فَيْرُوزَ، عَنِ البَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، رَفَعَهُ قَالَ, لَا يُضَحَّى بِالعَرْجَاءِ بَيِّنٌ ظَلَعُهَا، وَلَا بِالعَوْرَاءِ بَيِّنٌ عَوَرُهَا، وَلَا بِالمَرِيضَةِ بَيِّنٌ مَرَضُهَا، وَلَا بِالعَجْفَاءِ الَّتِي لَا تُنْقِي.