bab-bab sifat hari kiamat, pelembut hati dan sifat warak daripada rasulullah
أَبْوَابُ صِفَةِ الْقِيَامَةِ وَالرَّقَائِقِ وَالْوَرَعِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1 – Bab Hari Kiamat
Bāb fī al-Qiyāmah
بَابٌ فِي الْقِيَامَةِ
2415 – Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu Mu'awiyah menyampaikan kepada kami, daripada al-A'masy, daripada Khaytsamah, daripada 'Adi bin Hatim, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Tiada seorang pun daripada kamu melainkan Rabbnya akan bercakap dengannya pada hari kiamat, tiada penterjemah antara kedua-duanya. Lalu, hamba itu melihat ke kanannya tetapi dia tidak melihat sesuatu pun melainkan perkara yang dia telah lakukan. Kemudian dia melihat kepada bahagian yang paling buruk (kirinya) tetapi dia tidak melihat sesuatu pun melainkan perkara yang dia sudah lakukannya. Kemudian dia melihat ke arah depan, tetapi neraka menyambutnya." Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa dalam kalangan kamu yang mampu menjaga wajahnya daripada kepanasan neraka walaupun dengan separuh kurma maka lakukanlah." Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Abu al-Sa’ib menyampaikan kepada kami, katanya, "Pada suatu hari, Waki' menyampaikan hadis ini kepada kami, daripada al-A'masy. Tatkala Waki' selesai daripada hadis ini, dia berkata, "Sesiapa di sini penduduk Khurasan, hendaklah dia menyebarkan hadis ini di Khurasan kerana puak Jahmiyah mengingkari hadis ini." Nama Abu al-Sa’ib ialah Salm bin Junadah bin Khalid bin Jabir bin Samurah al-Kufi.
٢٤١٥ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ خَيْثَمَةَ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَا مِنْكُمْ مِنْ رَجُلٍ إِلَاّ سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ وَلَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ تُرْجُمَانٌ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلَا يَرَى شَيْئًا إِلَاّ شَيْئًا قَدَّمَهُ، ثُمَّ يَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا يَرَى شَيْئًا إِلَاّ شَيْئًا قَدَّمَهُ، ثُمَّ يَنْظُرُ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ فَتَسْتَقْبِلُهُ النَّارُ. قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَقِيَ وَجْهَهُ حَرَّ النَّارِ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَلْيَفْعَلْ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. حَدَّثَنَا أَبُو السَّائِبِ، قَالَ, حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، يَوْمًا بِهَذَا الحَدِيثِ عَنِ الأَعْمَشِ، فَلَمَّا فَرَغَ وَكِيعٌ، مِنْ هَذَا الحَدِيثِ قَالَ, مَنْ كَانَ هَاهُنَا مِنْ أَهْلِ خُرَاسَانَ فَلْيَحْتَسِبْ فِي إِظْهَارِ هَذَا الحَدِيثِ بِخُرَاسَانَ، لأَنَّ الجَهْمِيَّةَ يُنْكِرُونَ هَذَا اسْمُ أَبِي السَّائِبِ, سَلْمُ بْنُ جُنَادَةَ بْنِ سَلْمِ بْنِ خَالِدِ بْنِ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ الكُوفِيُّ.
2416 – Humayd bin Mas'adah menyampaikan kepada kami, katanya, "Hushayn bin Numayr iaitu Abu Mihshan menyampaikan kepada kami, katanya, "Husayn bin Qays al-Rahabi menyampaikan kepada kami, katanya, "'Atha' bin Abu Rabah menyampaikan kepada kami, daripada Ibn 'Umar, daripada Ibn Mas'ud, daripada Nabi ﷺ, sabdanya, "Pada hari kiamat, kaki anak Adam tidak akan berganjak dari hadapan Tuhannya sehingga dia disoal tentang lima perkara. Tentang umurnya, untuk apa dia habiskan. Tentang usia mudanya, untuk apa dia gunakan. Hartanya, dari mana dia perolehi dan pada perkara apa dia belanjakan dan apa yang dia lakukan dengan ilmunya." Hadis ini adalah hadis gharib. Kami tidak mengetahuinya pada hadis riwayat Ibn Mas'ud, daripada Nabi ﷺ melainkan melalui hadis riwayat al-Husayn bin Qays. Husayn bin Qays dinilai dha'if dalam hadis pada sudut hafalannya. Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Barzah dan Abu Sa'id.
٢٤١٦ – حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ، قَالَ, حَدَّثَنَا حُصَيْنُ بْنُ نُمَيْرٍ أَبُو مِحْصَنٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ قَيْسٍ الرَّحَبِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, لَا تَزُولُ قَدَمُ ابْنِ آدَمَ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ، عَنْ عُمُرِهِ فِيمَ أَفْنَاهُ، وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ، وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ، وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ مَسْعُودٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ الحُسَيْنِ بْنِ قَيْسٍ، وَحُسَيْنُ بْنُ قَيْسٍ يُضَعَّفُ فِي الحَدِيثِ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ. وَفِي البَاب عَنْ أَبِي بَرْزَةَ، وَأَبِي سَعِيدٍ.
2417 – 'Abdullah bin 'Abd al-Rahman menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Aswad bin 'Amir mengkhabarkan kepada kami, katanya, "Abu Bakar bin 'Ayyasy menyampaikan kepada kami, daripada al-A'masy, daripada Sa'id bin 'Abdullah bin Jurayj, daripada Abu Barzah al-Aslami, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Pada hari kiamat, kedua kaki seorang hamba tidak akan bergerak sehingga dia ditanya tentang umurnya, untuk apa dia habiskan. Tentang umurnya, pada apa dia lakukan. Tentang hartanya, dari mana dia perolehi dan pada apa dia belanjakan dan tentang tubuhnya, pada apa dia gunakan." Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Sa'id bin 'Abdullah bin Jurayj seorang yang berasal dari Basrah, beliau merupakan mawla Abu Barzah. Namanya ialah Nadhlah bin 'Ubayd.
٢٤١٧ – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ, أَخْبَرَنَا الأَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ جُرَيْجٍ، عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الأَسْلَمِيِّ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ القِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ، وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ، وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ، وَسَعِيدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ جُرَيْجٍ هُوَ بَصْرِيٌّ، وَهُوَ مَوْلَى أَبِي بَرْزَةَ، وَأَبُو بَرْزَةَ اسْمُهُ, نضْلَةُ بْنُ عُبَيْدٍ.
2 – Bab Keadaan Hisab Dan Hukuman Qisas
Bāb Mā Jāʾa fī Shaʾn al-Ḥisāb wa al-Qaṣāṣ
بَابُ مَا جَاءَ فِي شَأْنِ الْحِسَابِ وَالْقَصَاصِ
2418 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "'Abd al-'Aziz bin Muhammad menyampaikan kepada kami, daripada al-'Ala' bin 'Abd al-Rahman, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Adakah kamu tahu siapakah orang yang muflis?" Para sahabat menjawab, "Orang yang muflis dalam kalangan kami, wahai Rasulullah, adalah orang yang tiada dirham mahupun barang keperluan." Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang yang muflis dalam kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa sembahyang, puasa dan zakatnya. Dia datang dalam keadaan dia telah mencela orang ini, menuduh orang ini (berzina), makan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang ini. Lalu, si muflis itu duduk dan orang ini mengambil bahagian kebaikannya dan orang ini mengambil kebaikannya. Jika kebaikan-kebaikan tersebut sudah habis sebelum kesalahan-kesalahannya ditebus. Maka, kesalahan orang ini diambil dan dilontarkan padanya, kemudian (dia) dicampakkan ke dalam neraka. Hadis ini adalah hadis hasan sahih.
٢٤١٨ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنِ العَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, أَتَدْرُونَ مَنِ الْمُفْلِسُ؟ قَالُوا, الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللهِ مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِصَلَاتِهِ وَصِيَامِهِ وَزَكَاتِهِ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا، وَضَرَبَ هَذَا فَيَقْعُدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْتَصّ مَا عَلَيْهِ مِنَ الخَطَايَا أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
2419 – Hannad dan Nashr bin 'Abd al-Rahman al-Kufi menyampaikan kepada kami, mereka berkata, "Al-Muharibi menyampaikan kepada kami, daripada Abu Khalid iaitu Yazid bin 'Abd al-Rahman, daripada Zayd bin Abu Unaysah, daripada Sa'id al-Maqburi, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah merahmati seorang hamba yang dizalimi saudaranya (yang muslim) pada kehormatan atau hartanya, lalu si zalim datang bertemu saudaranya yang dizalimi dan memintanya memaafkan kesalahannya sebelum rohnya dijemput. (Kerana) di sana, dia tidak memiliki dinar mahupun dirham, sekiranya dia mempunyai banyak kebaikan maka diambil kebaikan-kebaikannya dan sekiranya dia tidak mempunyai sebarang kebaikan maka orang-orang yang dizaliminya akan membebankannya dengan dosa-dosa mereka." Hadis ini adalah hadis hasan sahih melalui hadis riwayat Sa'id al-Maqburi. Malik bin Anas meriwayatkannya daripada Sa'id al-Maqburi, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, hadis yang seumpamanya.
٢٤١٩ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، وَنَصْرُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الكُوفِيُّ، قَالَا, حَدَّثَنَا الْمُحَارِبِيُّ، عَنْ أَبِي خَالِدٍ يَزِيدَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَبِي أُنَيْسَةَ، عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, رَحِمَ اللَّهُ عَبْدًا كَانَتْ لأَخِيهِ عِنْدَهُ مَظْلِمَةٌ فِي عِرْضٍ أَوْ مَالٍ، فَجَاءَهُ فَاسْتَحَلَّهُ قَبْلَ أَنْ يُؤْخَذَ وَلَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ، فَإِنْ كَانَتْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ حَسَنَاتِهِ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ حَمَّلُوهُ عَلَيْهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِمْ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ مِنْ حَدِيثِ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، وَقَدْ رَوَاهُ مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، نَحْوَهُ.