bab-bab solat jumaat
أَبْوَابُ الْجُمُعَةِ
353 – Bab Kelebihan Hari Jumaat
Bāb Faḍl Yawm al-Jumʿah
٣٥٣ – بَابُ فَضْلِ يَوْمِ الجُمُعَةِ
488 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya, "Al-Mughirah bin 'Abd al-Rahman menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Zinad, daripada al-A'raj, daripada Abu Hurayrah bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Padanya Adam dicipta, dimasukkan ke dalam syurga, dikeluarkan daripadanya dan tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Lubabah, Salman, Abu Dzar, Sa'ad bin 'Ubadah dan Aws bin Aws. Hadis riwayat Abu Hurayrah adalah hadis hasan sahih.
٤٨٨ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ, حَدَّثَنَا الْمُغِيرَةُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ فِيهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الجُمُعَةِ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الجَنَّةَ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَاّ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي لُبَابَةَ، وَسَلْمَانَ، وَأَبِي ذَرٍّ، وَسَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ، وَأَوْسِ بْنِ أَوْسٍ. حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
354 – Bab Waktu Yang Diharap Doa Dikabulkan Pada Hari Jumaat
Bāb fī al-Sāʿah allatī Turjā fī Yawm al-Jumʿah
٣٥٤ – بَابٌ فِي السَّاعَةِ الَّتِي تُرْجَى فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ
489 – 'Abdullah bin al-Shabbah al-Hasyimi al-Bashri menyampaikan kepada kami, katanya, "'Ubaydullah bin 'Abd al-Majid al-Hanafi menyampaikan kepada kami, katanya, "Muhammad bin Abu Humayd menyampaikan kepada kami, katanya, "Musa bin Wardan menyampaikan kepada kami, daripada Anas bin Malik, daripada Nabi ﷺ sabdanya, "Kamu carilah waktu yang diharap (doa diterima) pada hari Jumaat bermula selepas asar sehingga terbenam matahari.” Hadis ini adalah hadis gharib melalui jalur ini. Hadis ini diriwayatkan daripada Anas, daripada Nabi ﷺ bukan melalui jalur ini. Sebahagian ilmuwan menilai Muhammad bin Abu Humayd sebagai dha'if pada sudut hafalannya. Dikatakan bahawa beliau adalah Hammad bin Abu Humayd. Dikatakan juga beliau adalah Abu Ibrahim al-Anshari dan beliau seorang munkar al-Hadis. Sebahagian ilmuwan dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ dan selain mereka berpandangan bahawa waktu yang diharap (kabulnya doa) bermula selepas asar sehingga terbenam matahari. Demikianlah pendapat Ahmad dan Ishaq. Ahmad berkata, "Kebanyakan hadis-hadis berkenaan waktu yang diharap doa makbul adalah selepas asar dan selepas gelincir matahari.”
٤٨٩ – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ الصَّبَّاحِ الهَاشِمِيُّ البَصْرِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ عَبْدِ الْمَجِيدِ الحَنَفِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ وَرْدَانَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, التَمِسُوا السَّاعَةَ الَّتِي تُرْجَى فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ بَعْدَ العَصْرِ إِلَى غَيْبُوبَةِ الشَّمْسِ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الوَجْهِ. وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الحَدِيثُ، عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَيْرِ هَذَا الوَجْهِ. وَمُحَمَّدُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ يُضَعَّفُ ضَعَّفَهُ بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ، وَيُقَالُ لَهُ حَمَّادُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ، وَيُقَالُ, هُوَ أَبُو إِبْرَاهِيمَ الأَنْصَارِيُّ وَهُوَ مُنْكَرُ الحَدِيثِ. وَرَأَى بَعْضُ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ, أَنَّ السَّاعَةَ الَّتِي تُرْجَى بَعْدَ العَصْرِ إِلَى أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ. وَبِهِ يَقُولُ أَحْمَدُ، وَإِسْحَاقُ. وقَالَ أَحْمَدُ, أَكْثَرُ الأَحَادِيثِ فِي السَّاعَةِ الَّتِي تُرْجَى فِيهَا إِجَابَةُ الدَّعْوَةِ أَنَّهَا بَعْدَ صَلَاةِ العَصْرِ، وَتُرْجَى بَعْدَ زَوَالِ الشَّمْسِ.
490 - Ziyad bin Ayyub al-Baghdadi menyampaikan kepada kami, katanya, "Abu 'Amir al-’Aqadi menyampaikan kepada kami, katanya, "Katsir bin 'Abdullah bin 'Amr bin 'Awd al-Muzani menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Nabi ﷺ sabdanya, "Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang mana seorang hamba tidak memohon kepada Allah sesuatu pada waktu itu melainkan Allah akan berikan kepadanya.” Mereka berkata, "Wahai Rasulullah, waktu mana?” baginda menjawab, "Ketika sembahyang jumaat didirikan sehingga selesai daripadanya.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Musa, Abu Dzar, Salman, 'Abdullah bin Salam, Abu Lubabah, Sa'ad bin 'Ubadah dan Abu Umamah. Hadis riwayat 'Amr bin 'Awf adalah hadis hasan gharib.
٤٩٠ – حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ أَيُّوبَ البَغْدَادِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ العَقَدِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا كَثِيرُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ الْمُزَنِيُّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, إِنَّ فِي الجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يَسْأَلُ اللَّهَ العَبْدُ فِيهَا شَيْئًا إِلَاّ آتَاهُ اللَّهُ إِيَّاهُ، قَالُوا, يَا رَسُولَ اللهِ، أَيَّةُ سَاعَةٍ هِيَ؟ قَالَ, حِينَ تُقَامُ الصَّلَاةُ إِلَى انْصِرَافٍ مِنْهَا. وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي مُوسَى، وَأَبِي ذَرٍّ، وَسَلْمَانَ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ سَلَامٍ، وَأَبِي لُبَابَةَ، وَسَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ، وَأَبِي أُمَامَةَ. حَدِيثُ عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ.
491 – Ishaq bin Musa al-Anshari menyampaikan kepada kami, katanya, "Ma'an menyampaikan kepada kami, katanya, "Malik bin Anas menyampaikan kepada kami, daripada Yazid bin 'Abdullah bin al-Had, daripada Muhammad bin Ibrahim, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah katanya, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sebaik-baik hari yang terbitnya matahari adalah hari Jumaat. Padanya Adam diciptakan, dimasukkan ke dalam syurga, diturunkan daripadanya dan padanya terdapat satu waktu yang mana seorang hamba muslim yang bersembahyang tidak bertepatan pada waktunya lalu dia meminta sesuatu kepada Allah pada waktu itu melainkan Allah akan berikan kepadanya.” Abu Hurayrah berkata, "Aku bertemu 'Abdullah bin Salam, lalu menyebutkan hadis ini kepadanya. Dia pun berkata, "Aku lebih tahu tentang waktu itu.” Aku berkata, "Ceritakan kepadaku tentangnya dan janganlah engkau kedekut kepadaku.” Dia berkata, "Waktu itu adalah selepas asar sehingga terbenam matahari.” Aku berkata, "Bagaimana selepas asar, sedangkan Rasulullah ﷺ bersabda, "Seorang muslim tidak menepati waktu itu dalam keadaan dia sedang bersembahyang?” Selepas asar tiada sembahyang.” 'Abdullah bin Salam menjawab, "Bukankah Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang duduk di suatu majlis sambil menunggu sembahyang maka dia dianggap dalam sembahyang?” Aku menjawab, "Benar.” Dia berkata, "Itulah.” Hadis ini terdapat kisah yang panjang. Hadis ini adalah hadis sahih. Makna ucapannya, "Ceritakan kepadaku tentangnya dan janganlah engkau kedekut kepadaku" ialah jangan engkau bakhil kepadaku.” Al-Dhinn bermaksud bakhil dan al-Zhanin bermaksud yang tertuduh.
٤٩١ – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَعْنٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ الهَادِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ فِيهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الجُمُعَةِ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الجَنَّةَ، وَفِيهِ أُهْبِطَ مِنْهَا، وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يُصَلِّي فَيَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا شَيْئًا إِلَاّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ, فَلَقِيتُ عَبْدَ اللهِ بْنَ سَلَامٍ فَذَكَرْتُ لَهُ هَذَا الحَدِيثَ، فَقَالَ, أَنَا أَعْلَمُ بِتِلْكَ السَّاعَةِ، فَقُلْتُ, أَخْبِرْنِي بِهَا وَلَا تَضْنَنْ بِهَا عَلَيَّ، قَالَ, هِيَ بَعْدَ العَصْرِ إِلَى أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ، قُلْتُ, فَكَيْفَ تَكُونُ بَعْدَ العَصْرِ وَقَدْ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ يُصَلِّي؟ وَتِلْكَ السَّاعَةُ لَا يُصَلَّى فِيهَا، فَقَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ سَلَامٍ, أَلَيْسَ قَدْ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ جَلَسَ مَجْلِسًا يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ فَهُوَ فِي صَلَاةٍ؟، قُلْتُ, بَلَى، قَالَ, فَهُوَ ذَاكَ. وَفِي الحَدِيثِ قِصَّةٌ طَوِيلَةٌ. وَهَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ. وَمَعْنَى قَوْلِهِ أَخْبِرْنِي بِهَا وَلَا تَضْنَنْ بِهَا عَلَيَّ, لَا تَبْخَلْ بِهَا عَلَيَّ، وَالضِّنُّ, البُخْلُ، وَالظَّنِينُ, الْمُتَّهَمُ.
355 – Bab Mandi Pada Hari Jumaat
Bāb Mā Jāʾa fī al-Ightisāl Yawm al-Jumuʿah
٣٥٥ – بَابُ مَا جَاءَ فِي الاِغْتِسَالِ يَوْمَ الجُمُعَةِ
492 – Ahmad bin Mani' menyampaikan kepada kami, katanya, "Sufyan bin ‘Uyaynah menyampaikan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada bapanya bahawa dia mendengar Nabi ﷺ bersabda, "Sesiapa yang menghadiri sembahyang jumaat maka hendaklah dia mandi.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada 'Umar, Abu Sa'id, Jabir, al-bara', ‘A’isyah dan Abu al-Darda'. Hadis riwayat Ibn 'Umar adalah hadis hasan sahih.
٤٩٢ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَالِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ, مَنْ أَتَى الجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ. وَفِي البَابِ عَنْ عُمَرَ، وَأَبِي سَعِيدٍ، وَجَابِرٍ، وَالبَرَاءِ، وَعَائِشَةَ، وَأَبِي الدَّرْدَاءِ. حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.