bab-bab zuhud daripada rasulullah

أَبْوَابُ الزُّهْدِ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1 Bab Sihat Dan Waktu Lapang Adalah Dua Nikmat Yang Menipu Ramai Manusia

Bāb, al-Ṣiḥḥah wa al-Farāgh Niʿmatān Maghbūn fīhimā Kathīr min al-Nās

بَابٌ, الصِّحَّةُ وَالفَرَاغُ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ

2304 – Shalih bin 'Abdullah dan Suwayd bin Nashr menyampaikan kepada kami. Shalih berkata, “Haddatsana”, dan Suwayd berkata, “'Abdullah bin Mubarak mengkhabarkan (akhbarana) kepada kami, daripada 'Abdullah bin Sa’id bin Abu Hind, daripada bapanya, daripada Ibn ‘Abbas, katanya, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Dua nikmat yang banyak manusia tertipu dengannya iaitu sihat dan masa lapang." Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, katanya, “Yahya bin Sa’id menyampaikan kepada kami, katanya, “'Abdullah bin Sa’id bin Abu Hind menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, daripada Ibn ‘Abbas, daripada Nabi ﷺ, seperti hadis 'Abdullah bin Mubarak. Dalam bab ini terdapat hadis daripada Anas bin Malik. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Bukan seorang sahaja meriwayatkannya daripada 'Abdullah bin Sa’id bin Abu Hind dan mereka meriwayatkannya secara marfu’, namun sebahagian mereka meriwayatkannya secara mawquf daripada 'Abdullah bin Sa’id bin Abu Hind.

٢٣٠٤ – حَدَّثَنَا صَالِحُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، وَسُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ، قَالَ صَالِحٌ, حَدَّثَنَا، وَقَالَ سُوَيْدٌ, أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالفَرَاغُ. حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ. وَفِي البَاب عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ، وَرَوَاهُ غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ، فَرَفَعُوهُ، وَأَوْقَفَهُ بَعْضُهُمْ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ.

2 Bab Sesiapa Yang Menjauhi Perbuatan Haram Maka Dialah Manusia Yang Paling Baik Ibadahnya

Bāb , Man Ittaqā al-Maḥārim fa Huwa Aʿbad al-Nās

بَابٌ, مَنْ اتَّقَى الْمَحَارِمَ فَهُوَ أَعْبَدُ النَّاسِ

2305 – Bisyr bin Hilal al-Shawwaf al-Bashri menyampaikan kepada kami, katanya, “Ja’far bin Sulayman menyampaikan kepada kami, daripada Abu Thariq, daripada al-Hasan, daripada Abu Hurayrah, katanya, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa yang mahu berpegang dengan nasihat-nasihat daripadaku ini, lalu dia beramal atau mengajarkannya kepada orang yang mahu melakukannya?” Abu Hurayrah berkata, “Aku wahai Rasulullah." Lalu baginda memegang tanganku dan menghitung lima perkara sambil bersabda, “Jauhilah perbuatan yang diharamkan oleh Allah, nescaya kamu menjadi manusia yang paling baik ibadahnya. Terimalah dengan reda apa yang diberikan oleh Allah nescaya kamu menjadi manusia yang paling kaya. Berbuat baiklah kepada jiranmu nescaya kamu menjadi orang mukmin. Cintailah sesama manusia seperti kamu mencintai dirimu nescaya kamu menjadi orang muslim. Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” Hadis ini adalah hadis gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis Ja’far bin Sulayman. Al-Hasan tidak mendengar apa pun daripada Abu Hurayrah. Demikianlah yang diriwayatkan daripada Ayyub, Yunus bin ‘Ubayd dan ‘Ali bin Zayd. Abu ‘Ubaydah al-Naji ada meriwayatkan hadis ini, daripada Al-Hasan sebagai kata-kata beliau. Beliau tidak menyebutkan pada sanadnya daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ.”

٢٣٠٥ – حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ هِلَالٍ الصَّوَّافُ البَصْرِيُّ، قَالَ, حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ أَبِي طَارِقٍ، عَنِ الحَسَنِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَنْ يَأْخُذُ عَنِّي هَؤُلَاءِ الكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِنَّ؟ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ, فَقُلْتُ, أَنَا يَا رَسُولَ اللهِ، فَأَخَذَ بِيَدِي فَعَدَّ خَمْسًا وَقَالَ, اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ، وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ، وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا، وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا، وَلَا تُكْثِرِ الضَّحِكَ، فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ القَلْبَ. هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ جَعْفَرِ بْنِ سُلَيْمَانَ وَالحَسَنُ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ أَبِي هُرَيْرَةَ شَيْئًا. هَكَذَا رُوِيَ عَنْ أَيُّوبَ، وَيُونُسَ بْنِ عُبَيْدٍ، وَعَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ، وَرَوَى أَبُوعُبَيْدَةَ النَّاجِيُّ، عَنِ الْحَسَنِ، هَذَا الْحَدِيثَ قَوْلَهُ, وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

3 Bab Bersegera Beramal

Bāb Mā Jāʾa fī al-Mubādarah bi al-Aʿmāl

بَابُ مَا جَاءَ فِي الْمُبَادَرَةِ بِالعَمَلِ

2306 – Abu Mush’ab menyampaikan kepada kami, daripada Muharrar bin Harun, daripada 'Abd al-Rahman al-A’raj, daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Segeralah beramal sebelum (muncul) tujuh (perkara). Adakah kamu menunggu sehingga kemiskinan yang menyebabkan lupa (kepada ketaatan), atau kekayaan yang membawa kepada penindasan, atau sakit yang merosakkan (badan), atau tua yang menghilangkan (fikiran dan perkataan), atau kematian yang tersedia atau (keluarnya) Dajjal lalu keburukan yang tidak nampak yang ditunggu (kedatangannya), atau hari kiamat? Hari kiamat adalah hari yang paling dahsyat dan paling pahit bencananya.” Hadis ini adalah hasan gharib. Kami tidak mengetahuinya pada hadis riwayat al-A’raj, daripada Abu Hurayrah melainkan melalui hadis riwayat Muharrar bin Harun. Bisyr bin ‘Umar dan selainnya meriwayatkan daripada Muharrar bin Harun. Ma’mar meriwayatkan hadis ini daripada orang yang mendengar Sa’id al-Maqburi, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ seperti hadis ini. Dia menyebutkan, “Tantazhirun (Kamu tunggu)."

٢٣٠٦ – حَدَّثَنَا أَبُو مُصْعَبٍ، عَنْ مُحَرَّرِ بْنِ هَارُونَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تُنْظَرُونَ إِلَاّ إِلَى فَقْرٍ مُنْسٍ، أَوْ غِنًى مُطْغٍ، أَوْ مَرَضٍ مُفْسِدٍ، أَوْ هَرَمٍ مُفَنِّدٍ، أَوْ مَوْتٍ مُجْهِزٍ، أَوِ الدَّجَّالِ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ، أَوِ السَّاعَةِ فَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ مُحَرَّرِ بْنِ هَارُونَ وَقَدْ رَوَى بِشْرُ بْنُ عُمَرَ، وَغَيْرُهُ عَنْ مُحَرَّرِ بْنِ هَارُونَ، هَذَا وَقَدْ رَوَى مَعْمَرٌ، هَذَا الحَدِيثَ عَمَّنْ، سَمِعَ سَعِيدًا الْمَقْبُرِيَّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ وَقَالَ, تَنْتَظِرُونَ.

4 Bab Ingatan Kepada Kematian

Bāb Mā Jāʾa fī Dhikr al-Mawt

بَابُ مَا جَاءَ فِي ذِكْرِ الْمَوْتِ

2307 – Mahmud bin Ghaylan menyampaikan kepada kami, katanya, “Al-Fadhl bin Musa menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Amr, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, katanya, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Perbanyakkanlah mengingati pemutus kenikmatan iaitu kematian.” Dalam bab ini terdapat riwayat daripada Abu Sa’id. Hadis ini adalah hadis hasan gharib.

٢٣٠٧ – حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، قَالَ, حَدَّثَنَا الفَضْلُ بْنُ مُوسَى، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ يَعْنِي الْمَوْتَ. وَفِي البَاب عَنْ أَبِي سَعِيدٍ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ.

5 Bab

Bāb

بَابٌ

2308 – Hannad menyampaikan kepada kami, katanya, “Yahya bin Ma’in menyampaikan kepada kami, katanya, “Hisyam bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya, “'Abdullah bin Bahir menyampaikan kepada kami, bahawa dia mendengar Hani’, maula 'Utsman berkata, “Apabila 'Utsman berdiri di perkuburan, dia akan menangis sehingga basah janggutnya. Lalu dikatakan kepadanya, “Syurga dan neraka diingatkan tetapi kamu tidak menangis dan kamu menangis dari kubur ini?” Dia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya alam kubur adalah tempat permulaan daripada tempat-tempat alam akhirat. Jika sesesorang terselamat daripadanya maka tempat selepasnya lebih mudah daripadanya. Dan jika dia tidak selamat daripadanya maka tempat selepasnya lebih dahsyat daripadanya.” 'Utsman berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Aku tidak pernah melihat suatu pemandangan pun melainkan perkuburan itu paling menakutkan." Hadis ini adalah gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadis riwayat Hisyam bin Yusuf.

٢٣٠٨ – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ, حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ، قَالَ, حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ, حَدَّثَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ بَحِيرٍ، أَنَّهُ سَمِعَ هَانِئًا، مَوْلَى عُثْمَانَ قَالَ, كَانَ عُثْمَانُ، إِذَا وَقَفَ عَلَى قَبْرٍ بَكَى حَتَّى يَبُلَّ لِحْيَتَهُ، فَقِيلَ لَهُ, تُذْكَرُ الجَنَّةُ وَالنَّارُ فَلَا تَبْكِي وَتَبْكِي مِنْ هَذَا؟ فَقَالَ, إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ, إِنَّ القَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الآخِرَةِ، فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ، وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ. قَالَ, وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, مَا رَأَيْتُ مَنْظَرًا قَطُّ إِلَاّ وَالقَبْرُ أَفْظَعُ مِنْهُ. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَاّ مِنْ حَدِيثِ هِشَامِ بْنِ يُوسُفَ.

Jami’ Al-Tirmidhi