kitab pakaian dan perhiasan

كتاب اللِّبَاسِ وَالزِّينَةِ

37 – (2082) Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, ‘Abdah bin Sulayman menyampaikan kepada kami, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada bapanya, daripada ʿAʾishah, beliau berkata, “Bantal yang Rasulullah ﷺ gunakan untuk bersandar di atasnya diperbuat daripada kulit yang berisi dengan sabut pokok kurma.”

37 - (2082) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «كَانَ وِسَادَةُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّتِي يَتَّكِئُ عَلَيْهَا مِنْ أَدَمٍ حَشْوُهَا لِيفٌ»

38 – (2082) ‘Ali bin Hujr al-Sa’di menyampaikan kepadaku, ‘Ali bin Mushir mengkhabarkan kepada kami, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada bapanya, daripada ʿAʾishah, beliau berkata, “Hamparan Rasulullah ﷺ yang digunakan untuk tidur adalah kulit yang berisi sabut pokok kurma.”

38 - (2082) وحَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ السَّعْدِيُّ، أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «إِنَّمَا كَانَ فِرَاشُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي يَنَامُ عَلَيْهِ أَدَمًا حَشْوُهُ لِيفٌ».

(2082) – Abu Bakar bin Abu Syaybah menyampaikannya kepada kami, Ibn Numayr menyampaikan kepada kami. (Dalam sanad lain) Ishaq bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, Abu Mu’awiyah mengkhabarkan kepada kami, mereka berdua meriwayatkan daripada Hisyam bin ‘Urwah, dengan sanad ini. Dan mereka berdua berkata, “Tempat pembaringan Rasulullah ﷺ…Dalam hadis Abu Mu’awiyah disebutkan, “Tilam yang baginda tidur di atasnya.”

(2082) - وَحَدَّثَنَاهُ أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ، ح وحَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، كِلَاهُمَا عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ، وَقَالَا: ضِجَاعُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَدِيثِ أَبِي مُعَاوِيَةَ يَنَامُ عَلَيْهِ.